DAP tak halang Muktamar Pas di Selangor...Jangan Tunjuk Baik Lah

RAWANG -  Secara terbuka DAP menyelar kenyataan Pas Kelantan yang mengecam tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berceramah yang berlangsung di Kota Bharu, Ahad lalu.

Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Datuk Teng Chang Khim menjelaskan dua status Facebooknya yang dimuat naik berhubung kenyataan balas terhadap tindakan Pas Kelantan yang bertegas melaksanakan hudud.

"Saya bidas secara logik kenyataan Pas Kelantan bahawa Kit Siang tidak hormati Kelantan masa pergi rumah mereka. Begitu juga dengan Selangor yang tidak setuju dengan hudud jadi kita tolak berdasarkan logik.

"Pas Kelantan kata kalau tak setuju hudud tidak boleh pergi Kelantan sepatutnya orang Kelantan yang mahukan hudud tak boleh datang Selangor yang tolak hudud," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Naib Pengerusi DAP Selangor itu, jika ikut logiknya memang begitu. Beliau turut menafikan laporan sebuah portal bahawa DAP Selangor menghalang penganjuran Muktamar Tahunan Pas kali ke-61 yang berlangsung di Kuala Selangor.

"Saya tidak pernah kata DAP halang muktamar Pas buat di Selangor. Itu fitnah, kenyataan portal itu jelasnya fitnah. Jawablah di akhirat nanti," katanya.

Adun Sungai Pinang itu menjelaskan, dalam polisi kesepakatan PR, pelaksanaan hudud yang diperjuangkan Pas Kelantan itu tidak pernah dipersetujui.

"Itu perjanjian bersama dalam PR. Pelaksanaan hudud tidak termasuk dalam perjanjian bersama PR.

"Masalahnya jika mereka bertegas ingin laksanakan hudud di Kelantan atas kapasiti kerajaan negeri. Adakah Pas Kelantan bukan di bawah Pas Pusat? Jadi mereka tidak boleh laksanakan hudud," katanya.

Tegas Chang Khim, perjanjian tetap perjanjian, sekiranya Pas tidak setuju dengan dasar bersama PR, Pas boleh keluar.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, kenyataan DAP itu bukanlah bersifat serangan.

Katanya, hudud tidak terkandung dalam polisi yang diperjuangkan bersama PR seperti isu pendidikan, ekonomi dan keselamatan.

"Kita telah melihat banyak perubahan berlaku kalau timbul perbezaan pendapat. Kita bincang dalam keluarga (PR). Isu yang lebih sensitif lain juga kita telah selesaikan," katanya.

Kenyataan Azmin turut disokong Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad

"Kita akan bincang bersama dalam PR, itu pendapat seorang sahaja," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana