DAP MENYERANG PAS MENGADAKAN MUKTAMAR DI SELANGOR..AGENDA DAP RASIS

Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, PAS tidak perlu mengadakan sebarang program utama di negeri ini jika sudah mengetahui kerajaan negeri Selangor menolak sebarang usaha untuk melaksanakan hudud.Tegasnya, hasrat PAS mahu menganjurkan program besar di Selangor jelas memperlihatkan parti Islam itu tidak menghormati pendirian tuan rumah.“Kenapa pula kamu (PAS) datang ke Selangor yang tidak mahu melaksanakan hudud, untuk memperjuangkan hudud?“Selangor bukan rumah kamu! Bila kamu menghormati Selangor?”

Beliau mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menempelak Kit Siang yang merupakan Penasihat DAP kerana menyanggah pelaksanaan hudud dan pada masa sama dilihat cuba mengajar rakyat negeri itu berhubung hukum berkenaan dalam ceramah yang berlangsung di Kota Bharu, Ahad lalu.Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS dalam nada sinis berkata, Kit Siang bukanlah individu yang layak untuk memperkatakan tentang undang-undang Islam, apatah lagi mengajar masyarakat perkara berkaitan hudud.Dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Kota Bharu di Padang Perdana, Kit Siang memanfaatkan ruang untuk menyanggah pelaksanaan hudud di Kelantan serta mempersoalkan komitmen kerajaan negeri di hadapan kira-kira 1,000 penyokong PAS.

Ceramah tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya sedar Kit Siang sememangnya merupakan individu yang menolak hudud, namun beliau sepatutnya menghormati Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang meluluskan enakmen berkaitan hudud secara sebulat suara oleh wakil rakyat.Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pula memberitahu, PAS Kelantan telah bermesyuarat kelmarin dan bersetuju memanggil pemimpin PAS Kawasan Kota Bharu untuk memberi penjelasan lanjut berhubung isu itu.Sementara itu, Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 dijadualkan berlangsung dari 4 sehingga 6 Jun ini di Kuala Selangor

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana