DAP LARANG PAS ADAKAN MUKTAMAR DI SELANGOR - PAS DIHALAU MACAM KUCING KURAP !!!


Teng Chang Khim berkata, hasrat PAS mahu menganjurkan program besar di Selangor jelas memperlihatkan parti Islam itu tidak menghormati pendirian tuan rumah.

SHAH ALAM – Berang dengan PAS Kelantan yang mengecam tindakan Lim Kit Siang berceramah mengenai hudud di Kota Bharu baru-baru ini, DAP Selangor hari ini tampil mempertahankan ‘bosnya’ itu.

Seolah-olah mahu membalas dendam, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, PAS tidak perlu mengadakan sebarang program utama di negeri ini jika sudah mengetahui kerajaan negeri Selangor menolak sebarang usaha untuk melaksanakan hudud.
Tegasnya, hasrat PAS mahu menganjurkan program besar di Selangor jelas memperlihatkan parti Islam itu tidak menghormati pendirian tuan rumah.

“Kenapa pula kamu (PAS) datang ke Selangor yang tidak mahu melaksanakan hudud, untuk memperjuangkan hudud?

“Selangor bukan rumah kamu! Bila kamu menghormati Selangor?” katanya dalam laman Facebook hari ini.

Beliau mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menempelak Kit Siang yang merupakan Penasihat DAP kerana menyanggah pelaksanaan hudud dan pada masa sama dilihat cuba mengajar rakyat negeri itu berhubung hukum berkenaan dalam ceramah yang berlangsung di Kota Bharu, Ahad lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana