DAP Bimbang Pas Dinamakan PM....DAPIG Takut Bayang Bayangnya Sendiri

SHAH ALAM - Pemuda Pas Kelantan menyelar tuduhan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang. dikatakan menjadi penghalang kepada pembentukan kabinet bayangan PR.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tindakan Guan Eng itu yang tiba-tiba memalitkan kesalahan ke atas Abdul Hadi seolah-olah dalam rangka berkempen untuk Muktamar Pas.

“Janganlah melampau sangat menyerang Presiden kami. Saya hanya ingin menyatakan bahawa, jika sebelum PRU13, kita boleh terima tiada kabinet bayangan sebelum PR memenangi pilihan raya. Kenapa sekarang Guan Eng tiba-tiba menyalahkan Presiden Pas?

“Adakah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berada di dalam penjara, maka kita terdesak untuk menamakan bakal Perdana Menteri dan bimbangkan bahawa Presiden Pas menjadi pilihan, maka tekanan diletakkan ke atas beliau? Jangan nanti orang berkata, Guan Eng sedang berkempen untuk pemilihan di dalam muktamar.

"Saya bimbang selepas ini untuk tujuan kempen timbul pula isu Presiden Pas menjadi penghalang pilihan raya kerajaan tempatan diadakan, atau Presiden Pas menjadi penghalang kepada pembinaan terowong bawah laut,” katanya melalui kemas kini status di Facebook, semalam.

Sebelum ini, DAP mengumumkan kabinet bayangan sendiri ekoran keengganan parti itu mengadakan kerjasama dengan Abdul Hadi.

Guan Eng berkata, beliau tidak yakin kabinet bayangan PR akan menjadi satu kenyataan dengan mengambil kira sikap Abdul Hadi yang disifatkannya gemar membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan rakan PR yang lain.

-Sinar Harian

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana