Dakwaan PNB Beli Sukuk 1MDB Helah Rafizi...Memang Kaki Auta Dia NI

Lihat cara LAFIZI ni semuanya melibatkan kepentingan orang melayu supaya orang melayu marah kepada pemimpinan Negara...Tabung Haji lah...PNB lah.Tak akan kerajaan BODOH nak buat semuanya ini untuk merampas duit rakyat sendiri.Kedudukan kerajaan bukannya selesa pun.Nampak sangat ini memang propanganda LAFIZI selama ini. 

SHAH ALAM 13 Mei – Permodalan Nasional Berhad (PNB) menafikan dakwaan bahawa institusi pelaburan itu terlibat dalam urusan jual beli sukuk daripada syarikat pelaburan kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“PNB tidak terlibat dalam urus niaga pembelian bon sukuk yang dikeluarkan oleh 1MDB. PNB juga tidak menerima sebarang tawaran daripada 1MDB,” kata PNB dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, PKR mendakwa selain Lembaga Tabung Haji (TH), PNB turut terlibat meminjamkan wang berjumlah RM579.2 juta kepada syarikat pelaburan kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, penglibatan PNB itu mengesahkan kebimbangannya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggunakan dana awam untuk menyelamatkan 1MDB.

"TH telah meminjamkan sebanyak RM920.8 juta kepada 1MDB melalui pembelian bon sukuk yang diterbitkan dalam Februari 2014. TH sahkan pembelian sukuk ini berhubung pembangunan Bandar Malaysia oleh 1MDB dan hasil pinjaman sukuk ini akan digunakan untuk membiayai pembinaan kem-kem tentera dan infrastruktur berkaitan bagi memindahkan‎ operasi sedia ada di Kem Sungai Besi sebelum ini.

"Terbitan hutang melalui bon sukuk oleh 1MDB ini melibatkan pembelian sukuk oleh dua agensi pelaburan kerajaan iaitu TH dan PNB. Bermakna, sejumlah RM920.8 ‎juta telah dipinjamkan TH kepada 1MDB, baki RM579.2 juta pula telah dipinjamkan PNB kepada 1MDB," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana