CEMARKAN IMEJ MUFTI - SUKA MAIN FACEBOOK DAN ASYIK BERPOLITIK, ELOKLAH DR MAZA LETAK JAWATAN !!!

Seharusnya Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yg gila main facebook dan twitter tu meletak jawatan dan menyertai bidang politik atau menubuhkan parti baharu bagi membolehkan beliau bergerak bebas dalam politik tanpa mencemarkan institusi mufti.
Ramai yg sudah mula melahirkan rasa kesal dengan tindakan Mohd Asri yg sejak kebelakangan ini sering mengkritik kerajaan secara terbuka melalui facebooknya.

Walaupun sebagai seorang individu, Mohd Asri boleh berbuat begitu tetapi langkahnya itu mencemarkan institusi mufti yg disegani dan dihormati sebagai sumber terakhir dan pemutus kepada soal2 hukum hakam dalam Islam.

Kalau dah mufti asyik berpolitik dan kelihatannya begitu cenderung menyokong satu2 parti, maka mana mungkin kata2 beliau bolih dipercayai untuk dibuat tempat rujukan.
Jadinya, adalah lebih baik Mohd Asri meletak jawatan sebagai mufti dan bergiat cergas dalam politik tanpa menjejaskan kemuliaan Institusi mufti di negara ini.

Kerajaan Negeri Perlis pula patut mengkaji semula pelantikan Mohd Asri sebagai Mufti yg sejak sedari awal lagi memang sudah dipertikaikan olih banyak pihak.

Oleh kerana kuasa pelantikan mufti di bawah kuasa kerajaan negeri, maka amat wajarlah kerajaan negeri Perlis mengkaji semula pelantikan Mohd Asri sebagai Mufti Perlis demi untuk menjaga nama baik Tuanku Raja Perlis dan kredibiliti istana sebagai ketua agama negeri Perlis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana