CBP, sandiwara PAS mengenai Hudud, warnai kempen PRK Permatang Pauh

Isu cukai barang dan perkhidmatan (CBP) dan pendirian PAS mengenai kerjasama dengan rakan sekutu Pakatan Rakyat berhubung hudud yang menjadi bahan sandiwara Dewan Pemuda PAS negeri dan Permatang Pauh, mewarnai kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh di pentas-pentas politik serta media arus perdana dan sosial.
PAS kawasan dan negeri bermain 'wayang' untuk melindungi kenyataan bahawa mereka sebenarnya sama sekali tidak akan berpisah dengan PKR dalam menyusun gerak kerja.

Para penceramah Pakatan Rakyat - PKR-DAP-PAS turut membawa elemen kasihan dengan nasib calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang terpaksa bersendirian meneruskan perjuangan politik suaminya bagi menarik simpati pengundi.

Isu-isu kegigihan seorang wanita tanpa suami memang mudah menarik simpati pengundi.

Pensyarah di Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamad berkata PKR mempertaruhkan presidennya Dr Wan Azizah kerana kerusi itu amat sinonim dengan keluarganya, selain untuk meraih undi simpati dalam kalangan pengundi.

Kempen gerak saraf seperti itu memang ampuh untuk menambat hati pengundi terutama dalam kalangan pengundi Melayu.

Tambahan pula, Parlimen Permatang Pauh memiliki ramai penyokong tegarnya yang bersimpati dengan nasib yang menimpa beliau serta suaminya, kata Ahmad Martadha.

Kempen yang masuk hari ketujuh hari ini menjadi bertambah menarik dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa PKR bukan sebuah parti politik tetapi semata-mata sebuah organisasi bagi menyokong sebuah keluarga.

Dr Mahathir memberi komen itu dalam satu forum 'Cakna Ilmu: Mendepani Pemikiran Tun M' anjuran Universiti Sains Malaysia (USM), Khamis.

Apapun, satu fakta jelas, PRK itu merupakan 'medan perang' bagi mendapatkan undi pengundi Melayu yang membentuk 70 peratus atau 50,579 orang daripada 71,890 pengundi. Pengundi Cina pula 16,462 orang, India 4,532 dan kaum lain 317 orang.

BN pula memerlukan 63 peratus pengundi Melayu dan mengekalkan lapan peratus pengundi Cina kali ini untuk menang. Pada pilihan raya umum 2013, BN hanya mampu meraih 51 peratus undi daripada pengundi Melayu.

Apa yang jelas, BN dan PKR perlu melipat gandakan usaha mendapatkan undi pengundi Melayu yang menjadi penentu bagi memastikan sama ada BN dapat merampas kerusi itu daripada PKR atau Wan Azizah dapat mengekalkan kerusi yang menjadi legasi keluarga.

Perkembangan yang berlaku dalam PAS di Permatang Pauh mendorong Timbalan Presidennya Mohamad Sabu meminta pengundi memastikan BN tidak diberi peluang mengurangkan majoriti kemenangan.

"Kalau majoriti (11,721 undi) dapat dikurangkan, ia akan memberi nafas baharu kepada BN pada masa depan," katanya semasa berceramah di Seberang Jaya pada Rabu malam.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Said berkata pihaknya tidak akan mengambil kesempatan dengan "menangguk di air keruh" dalam isu dalaman yang melanda PAS, DAP dan PKR berikutan percanggahan pendapat tentang pelaksanaan hudud di Kelantan, dan kenyataan memfitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kami dah buat kerja kami dengan mendekati pengundi bagi menyelami permasalahan mereka selama dua tahun. Masalah dalaman mereka itu masalah depa (mereka)," katanya.

Keikhlasan BN dalam PRK itu ditunjukkan dalam beberapa kenyataan pemimpinnya apabila Pengarah PRK Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pengundi memberi peluang kepada BN bagi membela nasib mereka.

Dalam laman sosial, tindakan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPPNPP) membatalkan hasrat memboikot PRK itu tidak disenangi pengikutnya dalam laman Facebook dewan itu dengan komen-komen yang mempersoal langkah itu.

Sebelum ini, DPPNPP bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan Rakyat dalam PRK Parlimen Permatang Pauh. Sebelum itu PAS Permatang Pauh "berpatah arang berkerat rotan" berpegang kepada pendirian itu, namun akhirnya membuat 'pusingan U" menyokong PKR dalam berkempen.

Berikut antara komen-komen itu:

Harimau Rakyat Original: Adakah depa akan minta maaf?? sampai lps PRK pun depa tkkn minta maaf...mimpi je lah...esok lps PRK...lg teruk ampa kena...

Harimau Rakyat Original: tolong...ttp dengan keputusan.

Encik Wan: lemah, takut dengan pkr...bila pas nak berubah tak tau la...

Sama-sama kita tunggu keputusan pilihan raya kecil ini untuk melihat sama ada pengundi mahu nasib mereka terus dipinggirkan daripada kawasan lain di negeri ini atau memberi peluang kepada BN mengubah nasib dan masa depan mereka.

PRK Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini, diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ahli Parlimen kawasan itu melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat.Oleh Noor Hammad Wariman,Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana