BUKTI KERAJAAN BN SERIUS BANTERAS RASUAH, CURI BALAK

KUCHING – Operasi bersepadu diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membanteras kegiatan pembalakan haram ketika ini mencerminkan kesungguhan dan keberanian Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menegakkan integriti.

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol berkata kesungguhan itu sudah pastinya menambahkan keyakinan di kalangan orang ramai terhadap laungan Adenan selama ini untuk menghapuskan aktiviti haram.

“Setelah upacara bacaan ikrar integriti serta hukuman yang lebih berat diluluskan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, sudah tentu orang ramai mahu melihat perkembangan seterusnya.

“Operasi ini adalah bukti kesungguhan YAB Ketua Menteri dalam menangani isu integriti yang bukan hanya cakap kosong sahaja,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaharu operasi SPRM yang diadakan pada minggu ini.

Sehingga semalam, SPRM telah membekukan akaun bernilai RM600 juta yang turut membabitkan akaun milik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Perkembangan kelmarin turut menyaksikan SPRM mengambil keterangan seorang menteri muda berhubung kontrak pembinaan bangunan Baitul Makmur II.

Abdullah berkata lagi usaha SPRM mesti diyakini integritinya.

“Sesiapa yang tidak ada kaitan dengan SPRM tidak harus campur tangan. Serahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan tegas dan telus,” katanya.

Menurutnya, sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak dalam jenayah pembalakan haram ini mesti bersedia untuk berhadapan dengan sebarang tindakan.

Malah katanya, mereka yang bersekongkol atau melindungi penjenayah pembalakan haram ini juga harus disiasat serta diambil tindakan.

“Oleh itu, orang ramai mesti bersabar dan jangan cuba membuat andaian-andaian yang boleh menimbulkan buruk sangka dan fitnah,” ujarnya.

Beliau turut menyeru orang ramai agar melaporkan aktiviti pembalakan haram kepada pihak berkuasa seperti SPRM.

Katanya kerajaan berhadapan kerugian ratusan juta ringgit dalam bentuk bayaran royalti serta cukai berkaitan apabila aktiviti pembalakan haram berleluasa.

Wang itu jelasnya boleh digunakan untuk melaksanakan pembangunan negeri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana