Britain catat rekod ahli Parlimen gay paling ramai di dunia

Alamak... apa sudah jadi, selepas pilihan raya minggu lalu, Britain kini dinamakan negara yang  mempunyai anggota parlimen gay paling ramai di dunia.
Terdapat 32 anggota Parlimen yang secara terbuka mengaku mereka gay, lesbian dan biseksual.

Jumlah berkenaan mengatasi 12 anggota Parlimen gay dan lesbian di Sweden dan 10 di Parlimen Belanda.

Kedua-dua negara berkenaan selama ini berasa bangga dengan sikap liberal mereka terhadap hak homoseksual.

Menurut majalah New Statesman, 13 daripada anggota Parlimen Gay di Parlimen Britain mewakili Parti Buruh, 12 Konservatif dan enam wakil Parti Nasionalis Scotland.

Sebelum ini, jumlah anggota Parlimen gay ialah 26.

Parti Konservatif meletakkan calon gay paling ramai berbanding parti lain pada pilihan raya berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana