'BR1M Rasuah Rakyat' Satu Pandangan Orang Bankrap

KOTA MARUDU 1 Mei - Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberi kepada rakyat berkelayakan adalah bentuk bantuan langsung kerajaan kepada rakyat.

Maximus yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata, adalah tidak benar apabila ada pihak tertentu memandang serong bentuk bantuan berkenaan termasuk kononnya bantuan itu sebagai merasuah rakyat.

"Itu adalah satu pandangan orang bankrap. Seperti yang diperjelas tadi, program pemberian ini adalah satu sistem pemberian bantuan kerajaan yang terus kepada mereka yang memerlukan. BR1M adalah satu daripada usaha berinovasi untuk terus membantu rakyat yang betul-betul memerluka bantuan," katanya. kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan BR1M kepada 5,379 penerima di sini semalam.

Katanya bantuan berkenaan dapat meringankan beban rakyat serta membantu mereka menyusun serta merancang perbelanjaan harian berikutan kenaikan harga barang.

Menurut Maximus pemimpin yang waras tidak mungkin menganggap pemberian BR1M kepada rakyat yang benar-benar memerlukan disebabkan persekitaran ekonomi yang mencabar, sebagai rasuah.

Mengenai projek hidro elektrik Ulu Padas yang berkapasiti 180MW, beliau berkata kerajaan persekutuan akan mengeluarkan tender pada Mei atau selewat-lewatnya bulan Jun dan berharap kerja pembinaan bermula sebelum akhir tahun ini.

Katanya empangan berkenaan kelak bukan sahaja berfungsi untuk menjana elektrik tetapi juga sebagai kemudahan mitigasi banjir sekali gus memberi keselesaan kepada kira-kira 200,000 penduduk Beaufort, Sipitang dan Kimanis yang sering dilanda banjir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana