BN tawar pembangunan yang sudah 17 tahun tidak rakyat Permatang Pauh kecapi

PULAU PINANG: Rakyat Permatang Pauh akan menikmati pembaharuan serta pembangunan meliputi enam bidang, jika mereka memilih calon Umno Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu, 7 Mei depan.

Pengarah PRK BN Permatang Pauh, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata enam bidang itu adalah ekonomi, pendidikan, kesihatan, program kesejahteraan rakyat luar bandar, pembangunan komuniti dan keselamatan.

Justeru beliau berkata jika penduduk kawasan itu memenangkan Shuhaimi Sabudin pada PRK kali ini, mereka bakal menikmati pelbagai manfaat yang tidak dikecapi sejak 17 tahun lalu.

Umum mengetahui kali terakhir kawasan Permatang Pauh dilimpahi pembangunan ketika bekas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada dalam kerajaan.

Sebaik sahaja beliau menyertai pembangkang, Ketua Umum PKR itu tidak lagi membawa apa-apa manfaat pembangunan kepada rakyat yang diwakilinya itu.

"Kami lakukan aku janji manifesto ini untuk BN dan jika Allah bagi keizinan kemenangan kepada beliau menang, ada enam bidang akan difokuskan.

"Penduduk di sini sudah 17 tahun dahagakan pembagunan, beri peluang kepada Suhaimi untuk tiga tahun bagi beliau membuktikan kemampuan BN seperti yang berlaku di Parlimen Teluk Intan, " katanya dalam satu sidang akhbar selepas melancarkan manifesto tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana