Bila Khalid Samad Pertikai Wasiat Nik Aziz Pada Nik Abduh…Dengki Sesama Islam Bersatu

Menjelang Muktamar PAS yang tidak sampai dua minggu lagi, macam-macamlah yang kita boleh dilihat berlaku di dalam parti itu khususnya mengenai pertembungan dua puak bertelagah, golongan pro-ulama dan pro-Pakatan Haram.

Terbaru, Khalid Samad menyerang Nik Abduh. Dalam satu kenyataannya, Khalid seolah mendakwa Nik Abduh berbohong apabila mendedahkan bahawa arwah bapanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpesan supaya memastikan wujud kerjasama antara PAS dengan UMNO untuk memartabatkan agenda Islam di negara ini.

Dari riak kenyataan Khalid, saya menyimpulkan bahawa dia tidak percaya arwah Nik Aziz ada meninggalkan pesan seperti itu pada Nik Abduh. Dia seolah tidak dapat terima kenyataan itu, apatah lagi membabitkan hubungan PAS dengan UMNO.

Khalid mengemukakan hujah bahawa Nik Aziz banyak membuat ucapan di khalayak ramai yang membuktikan bahawa bekas Mursyidul Am PAS itu membantah hubungan PAS – UMNO. Malah dia menggesa pula ahli PAS supaya tidak mempercayai kenyataan Nik Abduh itu. Kononnya bersumberkan “orang ketiga”…

Kita semua maklum tentang Nik Abduh dan dia berada di kem mana. Dan begitu juga dengan Khalid, kita juga dapat menghidu pendirian dan fahamannya yang lebih cenderung wala’ pada PKR dan DAP selama ini, bukan?

Pada pandangan penulis, percaya atau tidak, apa yang didedahkan Nik Abduh tentang wasiat bapanya sebelum meninggal dunia itu mempunyai kreadibiliti tersendiri memandangkan beliaulah yang paling banyak menghabiskan masa di sisi arwah sebelum pergi ke rahmatullah.

Dikala itu, mungkin benar Nik Aziz ada meninggalkan pesan pada Nik Abduh tentang perjuangan sebenar yang perlu dipatuhi oleh dua beranak itu sebagai prinsip dan panduan. Dengan emosi mengenangkan bapanya, mungkin Nik Abduh sengaja berkongsi wasiat bapanya itu dengan ahli dan penyokong PAS yang lain….

Berkenaan ucapan-ucapan arwah Nik Aziz yang dikatakan Khalid kononnya membantah kerjasama PAS dengan UMNO, nampaknya dia seolah budak baru belajar politik. Nampak sangat dia tidak tahu seni retorik ucapan politik awam…

Sama ada UMNO atau PAS, kita semua tahu bahawa kedua parti itu merupakan “seteru utama” di dalam politik Melayu Muslim. Jadi, bila bersyarah di depan ahli dan penyokong PAS, sudah tentulah Nik Aziz selaku pemimpin politik PAS akan bercakap negatif tentang UMNO, kan? “Common sense”!

Tapi, di sebalik ucapan itu dan di belakang tabir politik, setahu saya, para pemimpin PAS dan UMNO sendiri sangat mesra dan serius “sekepala”, khususnya dalam hal ehwal dan kepentingan Islam di Malaysia. Khalid “buta”kah?

Lagipun, selaku seorang yang berlatar belakangkan ilmu kefahaman Islam yang tinggi, maka sudah tentulah pendirian Nik Aziz berhubung hubungan sesama Islam juga mengikut landasan yang dianjurkan Islam.

Untuk pengetahuan Khalid, konsep persaudaraan di dalam Islam ialah “berkasih sayang di antara sesama Islam dan bertegas (adil) dengan golongan kuffar”. Faham? Jadi, susah sangatkah nak percaya jika Nik Aziz mewasiatkan anaknya supaya mengikut panduan tersebut?

Perlu Khalid ingat bahawa golongan ulama di dalam PAS masih mengamalkan konsep berkenaan walaupun mereka menghentam UMNO. Yang menghentam itu tujuannya adalah semata-mata politik, manakala hubungan baik dan kerjasama itu diteruskan atas dasar maqasid syariah. Faham?

Saya tidak marah pada Khalid jika dia wala’ pada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim mahu pun Ambiga sekali pun. Itu dia punya hak dan lantak dialah, kan?

Cuma pada saya, apa yang cuba dinyatakan Khalid itu seolah membayangkan betapa tebalnya sifat politik kebencian yang ada pada dirinya terhadap UMNO. Jika benar benci sangat pada UMNO, kenapa tidak putuskan saja tali persaudaraan dengan abangnya, Shahrir Samad? Berani?

Seperkara lagi, tidak perlulah pertikaikan pesanan atau hubungan yang terjalin di antara ayah dan seorang anak. Kalau nak bertanding AJK PAS Pusat sekalipun, bertandinglah dengan cara Islam dan tidak perlulah cari sokongan dengan menggunakan cara menjatuhkan kreadibiliti orang lain. Tarbiyyah dari PAS tidak ajar begitu, DAP atau PKR mungkin… Wallahu’alam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana