Biasalah PKR Berdolak Dalih....BN mahu Pakatan segera kemuka manifesto, jangan dolak-dalik

PULAU PINANG: Calon PKR Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah diminta tidak berdolak-dalik dengan manifesto yang akan dibawa oleh parti dan segera melunaskan janji-janji yang pernah ditabur sebelum ini.

Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fazir berkata, ini ekoran manifesto PKR yang dijanjikan kepada pengundi di situ pun masih lagi banyak belum ditunaikan dan diselenggara dengan baik.

"Daripada Wan Azizah kemudian pergi ke Wan Ibrahim, saya ingat hingga sekarang kita hendak tanya sudah ke ditunaikan? Ini pula hendak manifesto baru pula. Saya ingat cukuplah sebab pengundi di Permatang Pauh ini sudah faham siapa mereka ini.

"Kalau mereka hendak lancar manifesto pun biarlah ikhlas, kita tidak tunggu dia (PKR) lancar manifesto dulu kemudian baru kita buat, ini janji kita hari ini, kalau calon kita menang, ini yang BN akan buat," katanya kepada Antarapos.

Beliau mengulas kenyataan Azizah yang meminta BN terlebih dahulu mengeluarkan manifesto sebelum PKR mengumumkan aku janji manifestonya pula.

Tindakan Azizah itu sekaligus menterjermahkan wakil rakyat itu tidak komited seperti BN yang sentiasa mahu memastikan kebajikan dan pembangunan rakyat di kawasan itu terbela sejak sekian lama.

"Rakyat di Permatang Pauh sendiri sudah tengok 17 tahun PKR memerintah, apa yang mereka buat? Jadi hari ini kita hendak melancarkan manifesto yang kita serius membantu mereka.

"Insya Allah kalau kita menang, saudara Suhaimi akan bantu penduduk di sini berdasarkan manifesto kita ini," katanya.

Sementara itu, bagi Naib Ketua Biro MCA Pemantauan Pulau Pinang Ivan Lee Cheng Guan, pula mahu pengundi Permatang Pauh berani melakukan perubahan dengan memilih dan mengkaji manifesto yang akan memberi kebaikan kepada mereka.

"Pada pandangan saya, Permatang Pauh ini sebenarnya sudah 17 tahun tiada pembangunan baru dan dibanggakan oleh penduduk tempatan disebabkan oleh wakil rakyat mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Jadi sebab itu saya melihat BN mengeluarkan manifesto berasaskan kepada keperluan rakyat dan mahu menunaikan janji sekiranya menang dalam pilihan raya kecil di sini," katanya.

Beliau selain itu berkata sudah tidak sanggup lagi melihat pembangunan Permatang Pauh yang agak ketinggalan disebabkan wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab itu.

"Dalam dunia ini kita semakin maju, kita tidak sanggup melihat rakyat Permatang Pauh ditinggalkan kalau bandingkan dengan kemajuan negara," katanya.

Manakala bagi pemerhati luar, Datuk Norsabrina Mohd Noor pula berkata manifesto yang dibentangkan oleh kerajaan BN untuk Parlimen Permatang Pauh merangkumi semua aspek dan dilihat seimbang dengan keperluan pengundi di situ.

"Saya melihat manifesto BN menyentuh semua aspek, dari segi kebajikan, pendidikan, sosial, pembangunan dan juga kehidupan rakyat.

"Selama ini kehidupan rakyat di Permatang Pauh ini hanya disogok-sogokkan dengan angan-angan dan kata-kata daripada pihak pakatan pembangkang sendiri," katanya.

Norsabrina yang juga Puteri UMNO berharap pengundi di situ tidak lagi tersalah membuat pilihan wakil rakyat mereka pada PRK Permatang Pauh kali ini.

"Sebab banyak tempat kami pergi seluruh kawasan Permatang Pauh ini mendengar rintihan yang mengatakan tidak kenal pun siapa wakil rakyat Permatang Pauh ini.

"Bahkan ada yang tidak tahu parti apa yang memerintah dan parti apa yang menang, tetapi kebajikan rakyat itu sendiri tidak seperti yang dikatakan," katanya.

Semalam Pengarah Jentera BN PRK Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tadi melancarkan manifesto BN yang menggariskan enam bidang, dalam usaha memastikan pengundi di situ mendapat manfaat yang terbaik daripada wakil rakyat yang mereka pilih.

Enam bidang utama dalam manifesto bertemakan 'Melakar Sejarah Baru' itu ialah ekonomi, pendidikan, kesihatan, program kesejahteraan rakyat luar bandar; pembangunan komuniti dan keselamatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana