Biar Marah Bagaimana Sekalipun, PAS Tetap Kena Buli Oleh Sekutunya

Sedang DAP dan PKR kecoh membentuk kabinet bayangan Pakatan Haram, PAS masih lagi menyimpan perasaan marah yang teramat sangat terhadap DAP gara-gara parti itulah yang paling lantang menolak perlaksanaan hudud PAS di Kelantan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang siang tadi sempat meluahkan kemarahannya terhadap DAP. Bukan DAP sahaja yang beliau marah, malah “jebon-jebon” di dalam PAS yang bersekongkol dengan dua rakan sekutu parti itu turut dihalau keluar dari PAS.

Marah benar bunyinya, kan? Macam mahu diluku-luku kepala DAP, kan?

Persoalannya, biar semarah mana pun PAS pada DAP mahupun PKR, apa yang PAS boleh buat? PAS berkuasa sangatkah di dalam Pakatan Haram? DAP dan PKR dengarkah pada kata-kata amarah Abdul Hadi? Mereka peduli pada marah Presiden PAS itu?

Dalam perkiraan saya, PAS tidak mampu berbuat apa-apa. PAS hanya mampu cakap dan cakap sahaja, gebang besar dan gebang besar sahaja, tapi sebesar habuk pun tiada kesannya. PAS boleh pecat DAP? PAS boleh keluar dari Pakatan Rakyat? Maaflah, PAS tidak seberani yang kita sangkakan.

Setahu saya, Pakatan Haram tidak berdaftar secara sah dengan ROS hingga kini. Jadi secara jelas, mereka tidak terikat antara satu sama lain. Malah boleh dikatakan Pakatan Haram sememangnya tidak wujud pun dari dulu secara teknikal. Hanya pada nama sahaja, kan?

Selain itu, tiada sebarang perjanjian atau perlembagaan bertulis yang termaktub persetujuan bersama di antara parti-parti pembangkang yang membentuk Pakatan Haram. Rafizi sendiri akui perkara ini dan sebab itulah DAP mahupun PKR sendiri tidak mampu “menjatuhkan talak” pada PAS, kan?

Jadi, PAS boleh “menyalak” senyaring mungkin pada DAP dan PKR. Bagaikan “anjing menyalak bukit”, salaklah sekuat manapun “bukit itu tidak akan runtuh”, malah tidak akan memberi sebarang kesan pada kedua parti yang seronok membuli PAS sejak ketiga parti itu bergabung pada 2008.

PAS harus sedar bahawa DAP dan PKR sebenarnya telah membuktikan mereka boleh berdiri sendiri tanpa PAS di dalam Pakatan Haram.

Lihat saja di PRK Permatang Pauh tempohari, hanya dengan DAP dan PasMa, PKR mampu menang di sana. Biarpun majoritinya ketara merosot, sekurang-kurangnya tanpa jentera ‘tulen’ dari PAS, PKR masih mampu menang mempertahan parlimen itu, kan?

Tapi PAS di PRK Rompin? Biarpun mempunyai senjata ampuh dengan mengelirukan minda rakyat dengan GST, diberi bonus pula dengan krisis Tun M – Najib, hakikatnya PAS masih gagal menang di Rompin walaupun begitu ramai pengundi BN yang tidak pulang mengundi di sana.

Padanlah Abdul Hadi seolah merajuk mengatakan tidak mengapa jika namanya tidak “lekat” di dalam barisan kabinet bayangan Pakatan Haram. Biarpun memberi alasan kononnya mahu menawan Putrajaya terlebih dahulu, saya fikir ramai yang dapat menangkap nada “rajuk” Presiden PAS itu, kan?

Lagipun, setelah DAP membuat keputusan “menceraikan” Abdul Hadi dengan “talak tiga”, di mana lagi letaknya maruah PAS di mata Pakatan Haram, kan? Hanya PAS saja kini yang masih “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong” tersengih-sengih macam kerang busuk, terhegeh-hegeh pada DAP dan PKR…

Memang ada pemimpin pro-ulama PAS yang mengutuk PKR dan DAP, dan membela Abdul Hadi. Tapi setakat itu sajalah, tidak lebih dari itu. Biar dicabar berkali-kali, mereka tetap “kowtow” pada DAP dan PKR di atas nama “tahaluf siyasi”.

Kini, “nasi telah menjadi bubur” barangkali. Maruah PAS sudah lunyai dikerjakan dua rakan sekutu mereka di dalam Pakatan Haram. Kita nantikan muktamar PAS pada Jun ini. Mungkin PAS akan bertambah lunyai jika PasMa tubuhkan parti baru nanti…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana