“Biar Bumi Berkeping Dua, Namun Saya Tidak Akan Ubah Haluan”

“Biar Bumi Berkeping Dua, Namun Saya Tidak Akan Ubah Haluan”; begitulah tekad Perdana Menteri Najib Razak dalam menempuhi gelora gerakan dari mantan Perdana Menteri yang mahu beliau meletakkan jawatan.

Kata-kata Perdana Menteri itu memberi makna yang mudah, bahawa beliau akan terus memimpin kerajaan dan parti tanpa mahu tunduk kepada desakan Tun Mahathir. Rasional keputusan Perdana Menteri ini adalah berdasarkan apa yang pernah diucapkan oleh Tun Mahathir sendiri, iaitu selagi ahli parti memberi kepercayaan kepadanya, waima satu undi sekalipun, beliau akan tetap meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri.

Apatah lagi, pendekatan transformasi politik Presiden UMNO Najib Razak adalah berpandukan demokrasi terbuka, dengan tidak lagi bergantung kepada sistem “undi bonus” dan “kuota” yang menyaksikan semua ahli berhak untuk bertanding sebarang jawatan parti. Itu belum diambil kira dari segi kebebasan akhbar, yang menyaksikan Perdana Menteri sendiri menerima kritikan di media massa dan media elektronik; sesuatu yang hampir tidak dapat kita melihatnya pada suatu ketika.

Atas dasar itulah, mandat dan kepercayaan yang telah diberi, maka Perdana Menteri Najib Razak akan terus mengepalai parti dan negara.

Sokongan Hadi Awang kepada Najib Razak mungkin ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran. Namun, kini penulis menyedari bahawa keduanya berkongsi pengalaman yang sama, apabila cuba digulingkan oleh sekutu sendiri. Maka tidak hairanlah Hadi Awang memilih untuk menyatakan sokongan terhadap Najib Razak, atas dasar beliau dipilih sebagai Presiden dan Perdana Menteri melalui sistem yang adil dan demokrasi. Cuma, apakah sokongan ini juga membawa kepada isyarat “perpaduan”? Kita tunggu dan lihat

Selain mengupas isu berkenaan, Perdana Menteri juga mengambil peluang untuk menerangkan serba ringkas isu-isu semasa seperti isu pembelian tanah oleh Tabung Haji, 1MDB, GST dan juga BR1M.

Sewaktu menerangkan isu BR1M, para hadirin bersuara “tidak setuju” apabila Perdana Menteri mengutarakan cadangan untuk membatalkan BR1M dan serta merta mereka mengangkat tangan seraya berkata “setuju” apabila Perdana Menteri bertanya “siapa setuju teruskan BR1M?”.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana