Betul Lah Tu.....Tunggu Laporan 1MDB Dulu, Kata Salleh Said

Ekoran tekanan semakin kuat terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Speaker Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menggesa supaya semua pihak menunggu laporan Jawatankuasa Kira-kira (PAC) terlebih dahulu sebelum menghukum syarikat milik kementerian kewangan itu.

Salleh berkata PAC belum mengeluarkan sebarang laporan tentang 1MDB tetapi ramai yang sudah membuat kesimpulan sendiri dan menghukum seolah-olah lebih berminat untuk membalas dendam.

"Kita belum pun membaca laporan PAC itu lagi dan kita sudah bertindak seperti yang kita sudah tahu apa dalam laporan itu sedangkan PAC sendiri tidak mempunyai sebarang jawapan lagi.

"Adakah kita benar-benar berminat dengan jawapan atau kita hanya berminat dalam mencari orang untuk balas dendam?" kata Salleh dalam tulisan blognya.

Kritikan terhadap 1MDB masih berterusan walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini sudah berjanji akan menjelaskan skandal menyelubungi syarikat itu, malah semalam tersebar sebuah video berdurasi 7 minit memaparkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa supaya tindakan diambil ke atas 1MDB dengan memecat kesemua lembaga pengarahnya.

Menurut Salleh, semua pihak sewajarnya menunggu supaya tuduhan terhadap 1MDB dibuktikan terlebih dahulu.

"Kita nampaknya seperti lebih berminat untuk menghukum mereka yang kita mengesyaki lakukan jenayah tanpa menentukan jika pada pokoknya sama ada sebarang jenayah itu dilakukan, dan jika ya, oleh siapa, sedangkan kita terus mengatakan kami hanya berminat untuk mengetahui apa yang berlaku kepada wang itu," katanya.

Salleh berkata jika semua pihak mempolitikkan isu 1MDB, jalan penyelesaian tidak akan diperoleh.

"Dan kita belum mendengar apa skop penyiasatan ini. Jika kita terus mempolitikkan isu ini dan terus membuat 'bunyi' politik, ia tidak akan memberikan jawapan kepada semua soalan kita meminta," katanya.

Isu 1MDB paling lantang dikritik oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Najib meletakkan jawatan susulan cabang pelaburan negara itu "kehilangan dana".

Katanya, beliau tidak akan memaafkan Najib berhubung hutang sebanyak RM42 bilion yang ditanggung 1MDB dan menimbulkan kebimbangan ke atas urus niaga 1MDB, termasuk pembelian beberapa aset dan tanah milik kerajaan.

Beberapa pemimpin akar umbi Umno juga menyatakan kebimbangan terhadap skandal dan kontroversi menyelubungi syarikat pelaburan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana