Betul Apa Yang Dikatakan....Bagi PAS Semua UMNO Buat Haram, Kata Hishammuddin

ROMPIN 4 Mei - Dakyah PAS mengharamkan tindak-tanduk UMNO berlaku sejak sekian  lama dan kini tiba giliran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang turut dilabel haram oleh parti tersebut.

Penyerlaras BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin Datuk Seri Hishammuddin Hussein  berkata, bagi PAS kebanyakan yang dilakukan UMNO sejak dahulu dianggap haram  sungguhpun perkara tersebut dilakukan PAS kini.

"Dia (PAS) telah mengharamkan dan mengkafirkan UMNO sejak sekian lama. Tetapi  pendirian mereka berhubungkait rakan-rakan mereka (DAP dan PKR), halal dan haram serta hudud juga belum selesai. Kini nak pertikai GST pula.

"Perkara pokok seperti hudud pun tak boleh diselesaikan dan tuduhan mengatakan  kita (UMNO) kafir, penjaga khinzir dan firaun masih belum kita lupa. Kalau nak  banding GST ni haram, apa yang mereka tuduh kita dulu lebih teruk," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi lawatan ke Pusat Daerah  Mengundi (PDM) Selancar 1, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai pengaruh 'fatwa' PAS mengenai GST bakal mempengaruhi keputusan pengundian terhadap BN, Hishammuddin menjelaskan segalanya bakal diketahui pada  hari pembuangan undi esok.

"Kita tunggu esok samaada dapat mempengaruhi atau tidak. Sebab dulu masa mereka  tuduh kita kafir, pemimpin kita firaun dan apabila mereka tuduh Perdana Menteri  kita pejaga khinzir tidak memberi kesan pun," ujarnya lagi.

PAS sepanjang tempoh kempen PRK Rompin banyak menggunakan isu GST sebagai  'bullet' menentang Barisan Nasional (BN).

Hishammuddin walaubagaimanapun dalam sesi jelajahnya ke PDM sekitar Rompin telah mengerahkan jenteranya memberi penjelasan khusus berkaitan GST yang turut  disertai calon BN Datuk hasan Arifin.

PRK Rompin menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Hasan dan Nazri Ahmad  dari PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana