Bertumbuk, Baling Kerusi, Maki Hiasi PRK Parlimen Permatang Pauh

Meriah dan berentap sakan... itu suasana yang boleh digambarkan di Permatang Pauh pada Khamis.
Sebanyak 24 pusat mengundi dengan 130 saluran untuk membuang undi dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 71,252 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

Sejak pagi kedua-dua penyokong memenuhi jalan di sekitar pusat pengundian.

Di pusat mengundi di Sekolah Kebangaaan Seri Penanti kedua-dua penyokong dilihat melaungkan slogan masing-masing sebelah menyebelah jalan.

Pasukan penyokong calon BN, Suhaimi Sabudin melaungkan slogan "Hidup BN".

"Hidup BN...hidup hidup..hidup Suhaimi...kami tidak akan berundur..Hidup Suhaimi," kata mereka.

Sementara pasukan penyokong calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula melaungkan slogan 'Reformasi dan bebaskan Anwar'.

"Reformasi..reformasi..hancur UMNO..hancur..hancur..hidup Kak Wan.

"Bangkit ...bangkit..bangkit rakyat,"  kata mereka.

Pihak anggota keselamatan polis dilihat mengawal ketat keadaan di situ bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Keadaan bertambah meriah apabila kenderaan yang lalu di situ membunyikan hon mereka bagi menunjukkan solidariti terhadap calon masing-masing.

Proses pengundian awal membabitkan 627 pengundi telah diadakan pada Ahad lepas di dua saluran iaitu di Dewan Gemilang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) dan di berek kelamin Balai Polis Kubang Semang.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR menjangkakan jumlah yang akan mengundi mencapai 80 peratus daripada 71,890 orang yang layak mengundi di kawasan itu.

"SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi kali ini menurun kepada 80 peratus daripada 88.50 peratus pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei, 2013," katanya.

Beliau berkata keputusan PRK Parlimen Permatang Pauh dijangka diketahui seawal 9 malam.

Proses pengiraan undi PRK ini akan dilakukan di tempat mengundi dan bukan di pusat penjumlahan rasmi undi, sebaik sahaja proses pengundian tamat pada 5 petang ini.

Hari ini merupakan cuti peristiwa di Pulau Pinang dan dijangka lebih ramai pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka.

PRK Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

PRK itu diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah disabitkan kesalahan liwat dan sedang menjalani hukuman penjara lima tahun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana