Beli tanah IMDB di TRX...Tabung Haji sepatutnya boleh untung RM170 juta - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ibaratkan putarbelit isu Tabung Haji beli tanah IMDB di Tun Razak Exchange (TRX) sebagai perbuatan menembak kaki sendiri yang tidak rasional.
Beliau berkata Tabung Haji kini boleh untung antara RM5 juta hingga enam juta kerana terpaksa menjual tanah berkenaan ekoran kontroversi yang timbul.

Namun pada masa sama merugikan pendeposit Tabung Haji sendiri kerana jika aset itu tetap milik Tabung Haji, pendeposit boleh untung sehingga RM170 juta.

Perdana Menteri menyatakan demikian pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri di Padang Perbandaran Tawau Ahad.

"Tetapi kerana isu sudah dipusing sebagai isu yang panas, orang kata 'you are shooting yourself at your foot', tembak kaki sendiri. Inilah yang saya kata tidak rasional.

"Kita buat sesuatu untuk apa? Untuk kebaikan rakyat. Bagilah peluang. Setiap perkara boleh kita selesaikan. Tetapi beri peluang kepada pemimpin untuk menyelesaikan perkara itu," katanya.

Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Azeez Rahim Sabtu umum Tabung Haji telah membuat keputusan muktamad untuk menjual tanah seluas 0.66 hektar yang dibeli pada RM188.5 juta dari 1MDB untuk elak fitnah.

Sebelum itu ketika menjawab soalan mengenainya pada sidang akhbar selepas satu majlis di Kota Belud Perdana Menteri memberitahu beberapa tawaran yang diterima untuk membeli tanah Tabung Haji di Tun Razak Exchange menunjukkan pembelian yang dibuat oleh lembaga itu sebelum ini bukan untuk menyelamatkan (bailout) 1MDB.

Beliau berkata, Tabung Haji telah menerima tawaran bagi pembelian tanah itu pada kadar yang lebih tinggi.

"Menjual tanah itu kepada sektor swasta merupakan urusan komersial yang baik, membolehkan Tabung Haji mengaut untung beberapa juta ringgit dalam tempoh singkat.

"Jadi, ia bukan langkah untuk menyelamatkan (1MDB). Tiada syarikat akan membeli sesuatu projek jika syarikat itu akan rugi," katanya.

Menurutnya kerajaan tidak mahu kontroversi urusan pembelian tanah itu oleh Tabung Haji daripada dipanjangkan.

Beliau berkata ini kerana isu itu telah diputar-belitkan untuk memperlihatkan seolah-olah dalam urusan itu Tabung Haji telah menggunakan wang pendeposit untuk menyelamatkan 1MDB daripada masalah kewangan.

"Kami tidak mahu kontroversi ini dipanjangkan kerana ia akan mengambil banyak tenaga kami dari segi memberi tumpuan terhadap beberapa daripada program-program besar yang kami cadang untuk laksanakan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana