'Barua UMNO' : Kenapa dia tak tanya saya sendiri....

Inilah reaksi Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri mengenai penghinaan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali terhadapnya sebagai ' barua UMNO' .

Beliau yang ditanya wartwan pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) petang Rabu samaada sedih dengan hal itu berkata semua wartawan tahu beliau sudah banyak kali dikecam seperti ini.

"Tapi, bagi saya kenyataan Mohamed Azmin kali ini adalah melampau," katanya.

Khalid berkata beliau telah dimaklumkan mengenai dakwaan Azmin dan Persatuan Pegawai Kanan Polis (Cawangan Pegawai Diwartakan) sudah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu pada Rabu.

"Negara kita ada undang-undang, dan biarlah undang-undang yang menentukan. Saya juga tidak pasti sama ada kertas siasatan berhubung kes itu dibuka atau tidak.

"Cuma kenapa dia tak tanya saya sendiri mengenai sama ada saya 'barua UMNO' atau tidak? Kenapa tanya orang Permatang Pauh?" katanya.
Azmin yang juga Menteri Besar Selangor didakwa menggelar Khalid sebagai 'barua UMNO' dalam satu ceramah di Permatang Pauh, Ahad malam lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana