bantahGST: Mat Sabu Ditahan...Syabas PDRM

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menjadi sasaran terbaru dalam siri penahanan susulan perhimpunan bantah GST pada 1 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samad berkata, pemimpin PAS yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu ditahan mengikut Seksyen 141 Kanun Keseksaan pada Isnin kerana menghadiri perhimpunan haram itu.

Beliau ditahan sebaik dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah berkenaan pada tengah hari Isnin.

Perkara itu disampaikan penyokong Mat Sabu menerusi laman sosial Facebook mereka.

Seramai 29 orang ditahan pada Jumaat sepanjang perhimpunan bantah GST yang diadakan di Kuala Lumpur itu.

Antara yang ditahan termasuk bekas Presiden Majlis Peguam dan Penaung Negara-ku Datuk Ambiga Sreenevasan; Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Anthony Loke; Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan; Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan aktivis sosial, Hishammuddin Rais.

Permohonan polis untuk menahan reman Ambiga, Loke, Arutchelvan, Hatta pada Sabtu pagi bagaimanapun ditolak Mahkamah Majistret.

Kedua-dua Rafizi dan Hishammuddin dibebaskan dengan ikat jamin pada pagi Ahad.

Naib Presiden PKR, Tian Chua, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Koordinator Jingga 13, Fariz Musa juga ditahan, bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad selepas keterangan mereka dirakamkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana