Banjir DI Shah Alam...Mananya MP Khalid Samad Ni?

23 orang daripada 9 keluarga dipindahkan dari kediaman mereka di Kampung Air Kuning, Shah Alam selepas kawasan berkenaan dilanda banjir berikutan hujan lebat petang tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd Khairi Daud berkata, pemindahan itu dibuat ke Dewan Orang Ramai Kampung Jawa di mana kesemua mangsa akan bermalam di situ sehingga air surut.

“Paras air di kawasan terjejas tidaklah begitu tinggi, namun sebagai langkah berjaga-jaga, kami memutuskan untuk memindahkan mereka.

“Seramai 11 anggota bersama jentera dan ambulans ditempatkan bagi memantau penduduk di kawasan berkenaan bagi memastikan keselamatan dan keperluan mereka terjamin,” katanya.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan daripada ketua kampung terbabit kira-kira jam 7 malam yang memaklumkan berhubung insiden itu serta meminta bantuan untuk memindahkan mereka yang terjejas.

“Pihak bomba memang sentiasa bersedia untuk berdepan situasi sebegini. Kampung berkenaan terletak berhampiran Sungai Rasah dan banjir kilat adalah perkara biasa kepada penduduk di situ,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana