Azmin tetap pertahan Azizah sebagai ADUN terbaik....Hu Hu Hu...Terbaik Diantara Adun DiSelangor?

PULAU PINANG: PKR sekali lagi mempertahankan calon Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai ADUN yang terbaik.

Justeru beliau menegaskan tidak timbul isu beliau tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di Kajang.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian apabila diminta memberi penjelasan berhubung terlampau banyak keluhan pengundi DUN Kajang terhadap Azizah.

"Sebelum ini pun saya amat berpuas hati dengan prestasi Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) walaupun baru diberi amanah menjadi ahli dewan undangan negeri Kajang. Namun beliau telah banyak menyelesaikan perkara-perkara besar," katanya.

Azmin berkata demikian kepada pemberita sejurus tamat program pidato PKR di Padang Taman Guar Perahu malam tadi.

Beliau mengulas Pengarah Jentera BN Permatang Pauh, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mempersoalkan DUN Kajang terabai ekoran wakil rakyat di situ tidak komited dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Zahid terdahulu meminta pengundi di Parlimen Permatang Pauh menjadikan DUN Kajang sebagai contoh apabila wakil rakyatnya yang juga bertanding di kerusi P.44 jarang turun padang meninjau kawasan selepas menang kerusi di situ.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, Azmin menjelaskan penglibatan Azizah sebagai ADUN Kajang sudah tentu dibantu oleh kerajaan negeri dan tidak bergerak secara perseorangan.

"Khususnya masalah sampah, masalah banjir dan kesesakan lalu lintas jalan raya di Kajang dan ini menunjukkan beliau diberi keupayaan dan kebolehan untuk mentabdir sebagai ADUN dan sudah tentulah dengan bantuan kerajaan negeri melalui peruntukan yang munasabah diberikan dan pemantauan diperoleh Majlis Bandaran Kajang dan ini akan diteruskan.

"Saya percaya Dr. Wan Azizah akan memberi khidmat dengan baik dan cekap di Kajang di samping peranan beliau sebagai ahli parlimen Permatang Pauh, insya Allah selepas 7 Mei ini," katanya.

Malah Azmin berkata, beliau sangat berpuas hati dengan prestasi Wan Azizah sebagai ADUN jika hendak dibandingkan dengan ahli parlimen UMNO.

"Saya selaku menteri besar dan dia sebagai ADUN, saya telah sebutkan tadi, jadi sebagai ADUN, dia telah memberikan khdimat cukup baik dan saya berpuas hati dan kalau bandingkan dengan ahli parlimen UMNO yang lain, satu kawasan pun tidak jaga.

"Jadi macam mana?," katanya.

Ditanya lebih lanjut, sama ada terdapat Langkah Kajang 2 selepas ini, Azmin bagaimanapun menegaskan sebarang strategi tidak boleh diumumkan kepada pihak luar.

"Dalam politik ini pelbagai langkah boleh kita laksanakan, tengok strategilah dan strategi tidak boleh berbincang di sini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana