Azmin dakwa media sosial putar belit soalan pada Khalid...Inilah Caranya Saja PutarBelit

PERMATANG PAUH: Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, beliau tidak pernah melabelkan ketua polis negara sebagai "barua" dan hanya melontarkan soalan yang mengandungi perkataan itu kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya, pertanyaannya itu kini diputar belitkan oleh media sosial sedangkan beliau sendiri tidak pernah melontarkan kata-kata kesat secara terus kepada Khalid.

"Jadi, semua yang dilaporkan media sosial itu, diputarbelitkannya kenyataan saya.

"Saya tak ada masalah dan saya tak suka pun menyerang peribadi atau menggunakan kata-kata kesat terhadap mana-mana individu.

"Tetapi apa yang saya maksudkan, ia satu pertanyaan dan ia disahkan oleh ramai wartawan yang menghubungi saya," kata menteri besar Selangor itu.

Pada Ahad malam, ketika berceramah di Kubang Ulu, Permatang Pauh, Azmin meluahkan kekesalannya terhadap tindakan polis yang menahan peserta himpunan Hari Pekerja bantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 Mei.

Petang semalam, selepas satu perjumpaan dengan petugas pilihan raya kecil Permatang Pauh di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Khalid menyatakan kekecewaan beliau terhadap Azmin yang menggunakan perkataan “barua” kepadanya.

Katanya kepada media, beliau sudah biasa dikritik namun kenyataan Azmin kali ini disifatkannya sebagai "cemuhan yang agak melampau".

Mengulas perkara itu, Azmin berkata selepas program Ceramah Perdana Pemuda Pakatan Rakyat di Taman Ciku, Bukit Mertajam malam tadi, beliau yakin Khalid faham kenyataan sebenar beliau.

"Saya kira ketua polis negara sedia maklum dengan apa yang saya zahirkan dalam ceramah tersebut.

"Apa yang saya zahirkan hanya satu pertanyaan untuk mengangkat martabat dan kewibawaan institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) – saya ada sebut dalam ucapan itu.

"Malah saya katakan dalam ucapan itu, ramai pegawai dan anggota polis menjalankan tugas secara profesional.

"Saya menghormati beliau sebagai ketua polis negara, tetapi saya nak institusi PDRM itu dipulihkan kewibawaannya," katanya yang dipetik daripada The Malaysian Insider.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana