Azmin Ali Didesak Minta Maaf Secara Terbuka Pada Seluruh Warga Polis...APa Punya MB begini Bangangnya

KUALA LUMPUR – Persatuan Pegawai Kanan Polis (Cawangan Pegawai Diwartakan) mendesak Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana menghina pasukan itu.

Pengerusinya, Datuk Shah Gzali Shahadad berkata, tindakan Mohamed Azmin mencaci Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bererti menghina seluruh institusi PDRM yang menjalankan tanggungjawab kepada rakyat tanpa berkiblatkan mana-mana fahaman politik, bangsa atau agama seperti didakwa Mohamed Azmin.

“Tiga laporan polis telah dibuat ke atas tindakan Mohamed Azmin kerana menggelar Ketua Polis Negara sebagai Bacul dan Pencacai. Beberapa media `online’ turut melaporkan Mohamed Azmin menggelar Ketua Polis Negara dengan panggilan `Barua UMNO’ dalam satu ceramah di Permatang Pauh baru-baru ini.

“Seluruh warga PDRM amat terguris dengan kenyataan itu kerana Ketua Polis Negara adalah sebuah institusi dan penghinaan sebegini beerti seluruh institusi PDRM adalah barua politik. Penghinaan tersebut memberi kesan mendalam ke atas warga PDRM,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Shah Gzali berkata, Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar yang berpendidikan dan berjawatan tinggi, maka tidak warga menggunakan perkataan yang jelek dan kesat ke atas sesama manusia.

Kata beliau, ceramah politik tidak patut digunakan untuk tujuan menghasut dan menghina apatah lagi menjadi platform untuk membangkitkan kebencian masyarakat untuk membenci dan menentang polis.

Tambah beliau, PDRM tidak pernah mencampuri urusan polis dan tidak sesekali berkiblatkan mana-mana parti politik dan hal itu jelas dengan perkhidmatan secara profesional yang diberikan di negeri-negeri yang ditadbir parti pembangkang.

“Seluruh warga PDRM berharap Mohamed Azmin lebih berhemah, bersopan dan bersusila dalam berceramah politik kerana bahasa melambangkan bangsa.

“Caci mencaci dan menjatuhkan maruah sesama insan adalah dosa di sisi agama. Tindakan menggunakan bahasa kesat melambangkan perbuatan terdesak hingga terpaksa bertindak secara `hitting below the belt’,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana