Apa Kejadahnya.....Penyokong kembali berhimpun sempena 100 hari Anwar dipenjara

SUNGAI BULOH: Setelah beberapa ketika menghentikan himpunan nyalaan vigil di hadapan Penjara Sungai Buloh, iaitu penjara yang menempatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi penyokong pembangkang kembali berhimpun sempena 100 hari Ketua Pembangkang itu ditahan.

Hampir 300 penyokong dilaporkan hadir bagi menunjukkan solidariti terhadap Ketua Umum PKR itu.

Selain nyalaan lilin dan laungan 'Reformasi', himpunan itu juga disertai dengan dendangan muzik oleh kumpulan BangsArt dan bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Antara yang hadir, anak-anak perempuan Anwar dan beberapa pemimpin pembangkang, seperti Naib Presiden Tian Chua dan Shamsul Iskandar Md Akin, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Ipoh, Timur Thomas Su, dan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar.

Anak sulung Anwar, Nurul Izzah turut membacakan bait puisi penyajak terkenal Indonesia WS Rendra, sementara anak keduanya, Nurul Nuha 'berjanji' untuk terus kuat mendepani cabaran berkenaan.

Sementara itu, isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dilantik senagai Ketua Pembangkang baharu, bagaimanapun tidak hadir.

Himpunan nyalaan vigil di hadapan penjara itu sebelum ini diadakan setiap malam sebaik sahaja Anwar dipenjarakan.

Bagaimanapun himpunan itu kemudiannya 'diumumkan' untuk dihentikan seketika setelah beberapa hari dijalankan, dikatakan atas permintaan Anwar yang tidak mahu penyokong terus-terusan berhimpun sebaliknya melakukan sesuatu yang lebih 'bermakna' untuk memberi mesej kepada kerajaan.

Dari sisi lain, himpunan itu sebaliknya dilihat tidak mendapat sambutan apabila saban hari bilangan pebyokong yang hadir mencatatkan penurunan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana