Anwar Fail Saman SPR...Alahaii gara gara Tak Dapat Mengundi

KUALA LUMPUR 6 Mei - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun, telah memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai langkah terakhir untuk membenarkan beliau untuk mengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh esok.

Memetik laporan The Malay Mail, perkara ini disahkan oleh peguam Anwar iaitu N. Surendran dan dikemukakan pagi tadi.

Anwar memohon deklarasi bahawa beliau mempunyai kelayakkan sebagai pengundi dan boleh membuang undi esok atau pada pilihan raya yang akan datang.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut pampasan kerana hak perlembagaan dan undang-undang beliau telah dilanggar," kata N. Surendran.


BACA: Kes Liwat II: Mahkamah putuskan Anwar bersalah, kekal hukuman penjara 5 tahun


Saman difailkan terhadap SPR, pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan kerajaan Malaysia.

Pada 27 April, Abdul Aziz berkata Anwar hilang kelayakan untuk mengundi pada PRK yang akan diadakan esok berdasarkan Perkara 119 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 119 (3) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan seseorang itu akan hilang kelayakan untuk mengundi sekiranya :

1) Pada tarikh kelayakan ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman pemenjaraan; atau

2) Sebelum tarikh kelayakan dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di dalam mana-mana bahagian Komanwel dan dijatuhkan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh melebihi dua belas bulan dan pada tarikh kelayakan itu dia masih kena menjalani apa-apa hukuman bagi kesalahan itu.

PRK Parlimen Permatang Pauh bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Rakyat Malaysia dan seorang calon bebas.

Empat calon berkenaan ialah Suhaimi Sabudin, 44, daripada BN; Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 62 (PKR); calon bebas Salleh Isahak, 53; dan Azman Shah, 50 (Parti Rakyat Malaysia).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana