Ambil Kau Jijah....Ahli PKR bantah pencalonan Wan Azizah, gesa tunai janji jaga anak dan cucu

PERMATANG PAUH: Sekumpulan ahli PKR hari ini tampil membantah pencalonan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Kumpulan itu dikenali sebagai Suara Akar Umbi Keadilan (SAUK) dengan seramai 20 ahli dan diketuai oleh Mazli Saring.

Dalam sidang medianya di Permatang Pauh hari ini, Mazli mahu pengundi sedar janji Wan Azizah yang kononnya mahu menjaga anak dan cucu ketika meletak jawatan sebagai ahli parlimen berkenaan pada 2008.

Bagaimanapun beliau mungkir janji apabila bertanding pula di PRK Kajang, tahun lalu meskipun banyak lagi isu setempat di sana gagal diselesaikan.

"Kami masih sayangkan parti. Kenapa begini jadinya?

"Presiden sepatutnya kempen dalam PKR untuk wujudkan perpaduan dalam parti.

"Bukan maksud kami untuk suruh tolak Wan Azizah tetapi kenapa selepas kes Anwar, Wan Azizah datang semula untuk bertanding," ujarnya kepada media.

Mazli merupakan individu yang sama mengetuai pertubuhan bukan kerajaan yang dinamakan Pakatan Anak-anak Selangor Menyokong Menteri Besar Selangor (PASMEB) ketika kemelut jawatan nombor satu itu tercetus pada tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menyangkal tindakan mereka pada kali ini ada kaitan dengan NGO tersebut.

Ahli-ahli SAUK turut memegang poster dengan lambang PKR dan wajah personaliti PKR.

Di antara mesej yang tertulis pada poster itu adalah "Anwar ke Mahkamah Syariah Bukti PKR Sokong Hudud", "Tun M dan Azmin Perlu Digabungkan", dan "TQ Rafizi dan Nurul Izzah kerana sokong hudud".

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana