ALLAH buktikan ayahanda mati dalam perjuangan....Apa Pandangan Anda


SERDANG - Ahli Jawatankuasa Pas Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan kematian ayahandanya adalah sesuatu yang indah baginya.

Beliau berkata, walaupun bersedih atas pemergian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetapi beliau bersyukur kerana kematian ayahandanya itu diberikan husnulkhatimah (mati dalam keadaan indah).

‎"ALLAH  tunjuk kepada kita dia (ayahanda) benar, apabila hari terakhir beliau, ALLAH tunjuk kepada kita inilah orang yang dilihat husnulkhatimah. Dia hamba yang diredai. Urusan beliau yang ketiga tuju pada ALLAH tetapi kita yakin dia telah lewati apa yang kita belum lewat.

"Allahyarham buktikan beliau mati dalam perjuangan, ALLAH tunjuk melalui 'tarik jiwa yang ramai', banyak orang pergi, ALLAH turut memanggil PM dan orang bukan Islam pergi ke kubur. Sesuatu yang orang lihat sebagai perancangan ALLAH bukan manusia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program 'in person with sang murabi' bersempena Himpunan Anak Muda Pas Selangor di Pekarangan Stadium Tertutup ‎Majlis Perbandaran Serdang Jaya, Serdang hari ini.

Mengulas lanjut Nik Abduh berkata, mungkin orang ramai menganggap bahawa Allahyarham wajar dianggap sebagai contoh tauladan yang baik.

"Anggap Allahyarham sebagai ikutan, tok guru benar untuk diikuti," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana