Alahaiiii....Kadir Jasin Jangan 'Kutip Fakta Tepi Jalan' - Pegawai Khas PM

KUALA LUMPUR 4 Mei - Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menyifatkan bekas Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk A Kadir Jasin sebagai 'seorang Melayu yang kurang arif adat Melayu' susulan mempertikaikan isu penajaan ketika menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak di Kazakhstan baru-baru ini.

Beliau berkata, secara tradisinya, pengantin lelaki akan menanggung segala kos perbelanjaan perkahwinan bagi kedua-dua belah pihak.

"Sebagai contoh, dalam adat Melayu apabila wang hantaran diberikan, wang tersebut bertujuan untuk digunakan oleh keluarga pengantin perempuan untuk majlis kenduri.

"Tidak timbul soal PM menerima tajaan dari keluarga lelaki. Dalam hal ini, Nampaknya Kadir merupakan seorang Melayu yang kurang arif adat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, tindakan keluarga Daniyar Kessibayev menanggung kos rombongan pengantin perempuan membuktikan kesungguhan dan rasa tanggungjawab mereka dalam meraikan kehadiran pihak keluarga perempuan.

"Dan sudah tentu jika kenduri di sebelah lelaki, pihak lelakilah yang menanggungnya," tegasnya.

Rizal mengulas tulisan Kadir yang mempersoalkan tindakan Najib menerima tajaan pihak luar bagi mengadakan majlis mewah yang undangannya dikeluarkan oleh beliau sendiri.

Kadir berpandangan Najib boleh menjadi mangsa peras ugut dari pihak yang menajanya.

Mengulas perkara itu, Rizal menegaskan bahawa tidak timbul soal ugut mengugut berhubung isu itu memandangkan kedua-dua belah pihak telah menjadi sebahagian dari keluarga atau dikenali sebagai besan.

Beliau juga mengingatkan Kadir agar tidak membuat sebarang 'spekulasi jahat' seolah-olah sengaja mahu menimbulkan syak wasangka di antara kedua-dua mempelai.

"Perbuatan ini merupakan satu perbuatan jahat dan busuk hati, ia amat dibenci dan dikutuk dalam masyarakat Melayu.

"Kadir perlu lebih memahami adat Melayu dan jangan buruk sangka," katanya.

Rizal turut menyindir Kadir dengan mengingatkannya agar 'tidak mengutip fakta tepi jalan' merujuk kesilapan  fakta dalam tulisan blognya di mana majlis bertandang itu berlangsung di Almaty dan bukannya Astana.

"Ini adalah sesuatu yang memalukan memandangkan beliau seorang bekas wartawan kanan dan orang yang pernah mengetuai organisasi media.

"Kalau ini cara dia menulis saya boleh simpulkan selama ini fakta beliau semuanya dikutip tanpa asas,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana