Al kisah UMNO cawangan bubar... siapa kencing, siapa kena kencing..?

Semakin dekat dengan tarikh pengundian makin terdesak PKR yang bertanding di Permatang Pauh tanpa bantuan jentera PAS di lapangan.
Jadi mahu tak mahu mereka cuba main persepsi... guna media untuk burukkan calon BN kononnya tidak diterima di Permatang Pauh.

Ini termasuk buat sidang media membubarkan UMNO Cawangan Guar Jering Jaya Bilik Gerakan PKR yang dihadiri oleh pemimpin parti itu.

Entah siapa 'kencing siapa, kena kencing' sebab rekod di ibu pejabat UMNO mendapati cawangan Guar Jering Jaya sudah diisytiharkan bubar pada Februari lalu lagi selepas Jawatankuasa Pengurusan UMNO berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan.

Surat pengesahan pembubaran itu telah dikeluarkan Setiuasaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh bertarikh 24 Mac lalu.

Surat itu dikeluarkan kepada Setiausaha UMNO Bahagian, Suhaimi Sabudin, yang kini menjadi calon BN.

Dengan pembubaran itu, Ab Rauf telah meminta UMNO Bahagian Permatang Pauh untuk memindahkan ahli-ahli ke cawangan berdekatan dan mengemukakan salinan senarai ahli ke Ibu Pejabat parti.

Sidang media pembubaran UMNO cawangan Guar Jering Jaya itu telah dibuat oleh Asri Ahmad, yang mendakwa dia Ketua UMNO cawangan.

Asri dilaporkan berkata, cawangan yang mempunyai 68 ahli itu dibubarkan kerana telah bertahun-tahun diabaikan kepimpinan tertinggi UMNO.

Kini pemimpin PKR malu sendiri selepas 'senjata mereka makan tuan' atau dalam istilah anak muda hari ini 'PKR sudah kena games'.

Surat pengesahan mengatakan UMNO cawangan Guar Jering Jaya tersebut telah dibubarkan sejak Febuari diedarkan secara meluas oleh jentera BN untuk menjawab sidang akhbar PKR Jumaat lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana