AJK PAS PUSAT BARU DIUMUMKAN - HUDUD BAKAL JADI BUDU !!!

Dalam pada orang lain sibuk buat cerita palsu dilaman media sosial mengenai rombakan kabinet yang berlegar - legar hari ini, puak - puak PAS tu pun tidak mahu ketinggalan juga rupanya.

Hari ini, dalam kiriman melalui aplikasi Whatsapp, sudah ada yang buat pengumuman awal mengenai senarai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi sesi 2015 - 2017 biar pun pemilihan parti dijangka berlansung bulan depan.

Senarai yang didedahkan oleh Facebooker Pro PAS, Singa PAS membariskan pemimpin - pemimpin yang dilihat Pro kepada Pakatan Haramjadah dan membelakangkan kepimpinan Ulama.

Diantara mereka yang turut disenaraikan ialah Ahmad Awang selaku Presiden, Mat Syabun sebagai Timbalan Presiden manakala Husam Musa, Mahfuz Bean dan Idris Ahmad dinamakan sebagai Naib Presiden.

Turut membarisi kepimpinan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ialah kumpulan Hawaii Five-O yang kuat menentang Hudud seperti Khalid Samad, Hanipa Maidin, Mujahid Rawa, Dr. Dzulkefly dan Hatta Ramly.

Daripada apa yang didedahkan melalui akaun Facebook Singa PAS tu membuktikan kepada kita bahawa kepimpinan PAS pada ketika ini terus berada didalam kemelut kepimpinan yang kronik.

Ianya adalah yang Paling Buruk sejak parti itu ditubuhkan pada tahun 1964 dimana kepimpinan Ulama disingkirkan secara total oleh pemimpin - pemimpin yang cenderung menyokong Pro Liberalis.

Jika perkara ini menjadi kenyataan, bermakna PAS boleh lupakan perjuangan Islam mereka. Dan sudah pasti maruah agama Islam akan terus dipergunakan oleh puak - puak Pro Liberalis ini demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka semata - mata2 !

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana