Aibkan Diri Sendiri, Bukan Salah Ibu Mengandung…

Mungkin terbawa-bawa dengan tabiat merasakan dirinya semua betul sebagaimana beliau mengetuai kabinet dulu, maka beliau fikir boleh memalukan Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan begitu mudah.

Cuba meraih simpati kononnya Pandikar seakan-akan membayangkan dirinya pembohong semalam, akhirnya permainan beliau terbongkar dan kantoi dalam keadaan yang mengaibkan dirinya sendiri.

Beliau fikir Pandikar cepat kecut perut dengan kenyataannya yang memutar belit keadaan? Jangan main-main dengan Speaker Dewan Rakyat…

Beliau mengatakan Pandikar telah meletak jawatan. Bahkan dengan ‘confident’ beiau mengatakan tugas Pandikar akan digantikan dengan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee. Begitulah dakwaannya sebelum ini di khalayak ramai dan media.

Bangga sungguh beliau mendedahkan sesuatu yang tidak perlu pun didedahnya. Pada jangkaan penulis, tindakan itu berkemungkinan besar untuk menjatuhkan kreadibiliti Najib di mata rakyat dan cuba meraih sokongan untuk dirinya yang ‘keseorangan’.

Bukan salah ibu mengandung, tiba-tiba Ronald dan Pandikar nafikan dalam masa yang singkat. Beliau membalas balik, kononnya penafian itu bagai cuba memalukan dirinya yang sudah dimamah usia. Katanya beliau malu dengan penafian itu.

Dan tanpa beliau duga, Pandikar mendongak kepala menceritakan hal sebenar tentang pembohongan yang bekas ketuanya itu lakukan. Paling pedih, cerita sebenar Pandikar itu ternyata berjaya mencacatkan kreadibiliti beliau sekaligus lebih mengaibkan dirinya.

Kata Pandikar, memang benar beliau ada menghantar surat perletakan jawatan. Tapi surat itu tidak dibaca pun oleh Najib. Malah Pandikar diminta Najib datang bersemuka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Pada penulis, jelas terbukti perbezaan cara antara Najib dan beliau dalam menangani masalah yang dihadapi pemimpin di kem sendiri.

Ketika Pandikar jumpa beliau, Pandikar disuruh supaya meletak jawatan. Negatif sungguh ‘nasihat’ beliau. Bagai mengajar Pandikar untuk melakukan pemberontakan yang sebenarnya tidak perlu pun dilakukan.

Namun, biarpun menghantar surat perletakan jawatan kepada Najib, Perdana Menteri begitu sabar dan bersifat terbuka untuk mendengar masalah yang dihadapi Pandikar. Patut pun semua menteri sayang pada Najib. Rupanya Najib amat menghormati menteri-menterinya, termasuk Speaker Dewan Rakyat.

Seterusnya, beliau mengatakan Pandikar meletak jawatan kerana tidak puas hati pada Najib. Sedangkan Pandikar dengan terang menjelaskan perletakan jawatan yang dibuat ketika itu adalah kerana faktor pentadbiran Parlimen. Dua perkara yang jelas berbeza!

Penulis melihat, tidak perlu dijelaskan pun tentang kandungan ‘isi hati’ beliau terhadap Najib. Nampak sangat betapa ‘wangi’nya hati seorang yang baru pulang menunaikan umrah, kan? ‘Harum’nya boleh dihidu oleh seluruh rakyat, kecuali ‘macai-macai’nyalah, kan?

Pada pandangan penulis, melihat kesungguhan beliau cuba menjatuhkan Najib, ia bukan lagi menjadi agenda ‘demi rakyat’. Ia seakan-akan demi seseorang yang belum lagi layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Mungkin orang yang dikatakan layak menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri itu hanya berjawatan Adun sahaja buat masa ini sedangkan untuk menjadi Perdana Menteri individu itu perlu menjadi seorang Ahli Parlimen.

Jadi, tunggulah individu itu menjadi Ahli Parlimen nanti, maka mungkin ketika itu barulah beliau akan memberitahu nama individu yang beliau rasakan layak menjadi Perdana Menteri itu. Soalnya, siapakah ‘beliau’ dan siapakah ‘individu’ itu?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana