Ahmad Awang umum esok cabar Hadi atau tidak....Lupakan Lah Hajat Tu

SHAH ALAM: Desas-desus yang mengatakan veteran PAS Datuk Ahmad Awang akan mencabar Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan parti Jun ini diumukan esok.

"Esok adalah hari terakhir, di mana saya perlu beri jawapan sama ada saya bertanding atau tidak.

"Oleh itu, kita tunggu esok di ibu pejabat PAS. Hanya selepas itu saya boleh beri jawapan saya, sama ada ya atau tidak," kata Ahmad.

Semalam, Ahmad berkata, beliau tidak mengetahui jumlah pencalonan yang telah diterimanya setakat ini dari kawasan dan masih menunggu surat rasmi mengenai perkara itu dari jawatankuasa muktamar.

"Saya hubungi mereka dan mereka kata surat akan dihantar kepada saya petang ini," katanya semalam yang dipetik Malaysiakini.

Mengenai peluangnya dalam pemilihan tersebut, Ahmad berkata pendekatan beliau ialah dengan memberi penjelasan mengenai isu-isu semasa.

"Sesiapa yang panggil, saya akan pergi. Beberapa hari lepas saya di Sabah.

"Kita turun padang untuk menjelaskan kenapa terjadi PAS sekarang ini dan macam mana kita bersama-sama selesaikan masalah ini.

"Di situlah, kalau tengoklah, dapat respons yang baik. Insya-Allah kita tengoklah," katanya.

Ahmad berkata dalam pemilihan ada dua keputusannya - yang menang dan yang kalah.

"Kalau saya menang, Alhamdulillah. Kalau kalah tak ada masalah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana