Ahli Yang Menyokongnya ...Bangang....Kit Siang Tak Layak Bicara Hukum Islam, Kata MB Kelantan

KOTA BHARU 14 Mei - Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menempelak Penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana menyanggah pelaksanaan hudud dan pada masa sama dilihat cuba mengajar rakyat Kelantan berhubung hukum itu dalam ceramah yang berlangsung di sini, Ahad lalu.

Dalam nada sinis, beliau yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas memberitahu, Kit Siang bukanlah individu yang layak untuk memperkatakan tentang undang-undang Islam, apatah lagi mengajar masyarakat perkara berkaitan hudud.

"Dia bukan pensyarah berkaitan undang-undang Islam pun," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim, semalam.

Dalam ceramah anjuran Pas Kawasan Kota Bharu di Padang Perdana, Kit Siang memanfaatkan ruang untuk menyanggah pelaksanaan hudud di Kelantan serta mempersoalkan komitmen kerajaan negeri di hadapan kira-kira 1,000 penyokong Pas.

Ceramah tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya sedar Kit Siang sememangnya merupakan individu yang menolak hudud, namun beliau sepatutnya menghormati Dewan Undangan Negeri (DUN) yang meluluskan enakmen berkaitan hudud secara sebulat suara oleh wakil rakyat.

"Tidak wajar, tidak sepatutnya dia bersikap begitu. Kalau selama ini dia bersuara di luar, sekarang dia bersuara dalam rumah kita pula," katanya.

Timbalan Menteri Besar yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pula memberitahu, Pas Kelantan telah bermesyuarat semalam dan bersetuju memanggil pemimpin Pas Kawasan Kota Bharu untuk memberi penjelasan lanjut berhubung isu itu.

"Kita akan dapatkan penjelasan secara rasmi daripada Pas Kota Bharu, kenapa boleh berlaku. Kita akan panggil secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, Wan Abdul Rahim ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang arahan Pas Kelantan, namun bersedia memberi penjelasan rasmi pada bila-bila masa sekiranya diarahkan berbuat demikian.

Beliau bagaimanapun mengambil sikap mengunci mulut apabila ditanya tentang tindakan pihaknya menjemput Kit Siang untuk menyampaikan ceramah berkaitan hudud.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana