ADUN PAS berikrar Kekal Bersama PR jika parti keluar Pakatan...Nampak Tak Siapa Adun PAS Ni

SHAH ALAM: Masa depan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terancam jika PAS mengambil keputusan untuk menarik diri daripada pakatan berkenaan.

Sama ada Selangor kekal dalam tangan Pakatan, walaupun dengan majoriti tipis, bergantung kepada dua wakil rakyat PAS – Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin.

Hasnul sudah memberi gambaran beliau tidak akan mematuhi keputusan parti jika PAS keluar daripada Pakatan.

Beliau memberitahu Malaysiakini akan mempertahankan kerajaan negeri Pakatan walaupun berlaku dewan tergantung.

“Saya akan terus mempertahankan kerajaan Pakatan Selangor kerana itu mandat yang diberi oleh rakyat,” tambahnya.

Bagaimanapun, Hasnul menjelaskan ini tidak bermakna beliau meninggalkan parti Islam itu.

Buat masa ini, katanya, PAS masih menjadi sebahagian daripada Pakatan dan belum ada lagi keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP serta PKR.

“Ini bukan bermakna saya keluar dari parti.

“Kita akan tunggu dan lihat perkembangan isu (Selangor) ini,” tambahnya.

Saari bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Hasnul dan Saari, ADUN Hulu Kelang, mengingkari keputusan pucuk pimpinan PAS apabila mereka menyokong Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor ketika krisis kepemimpinan Selangor dahulu.

Selepas campur tangan sultan, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengambil alih sebagai MB berikutan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada parti.

Kini, PAS adan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi manakala PKR ada 13, tidak termasuk Khalid yang kini wakil rakyat Bebas.

Terdapat 56 kerusi dalam DUN, bermakna 29 kerusi diperlukan untuk membentuk sebuah kerajaan dengan majoriti mudah.

Jika semua wakil rakyat PAS berundur, DAP dan PKR akan hanya mempunyai 28 kerusi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana