Ada berapa billion setiap seorang duit dalam Tabung Haji..?

 Inilah yang dikatakan orang bodoh selalu rugi...tak faham konsep perbankkan..padahal penubuhan Tabung Haji adalah untuk kebaikan mereka sendiri...

Duit sendiri dalam TH campur dengan dividennya sekalipun ntah2 seciput jer kalau nak dibandingkan dgn keuntungan yg dapat diperolehi oleh TH melalui pelaburan dalam bidang hartanah didalam dan diluar negara..

Sebenarnya isu TH ni semata2 berpunca dari busuk hati dan buruk sangka..apabila dilihat dalam gambar orang yg berdemonstrasi tu nampak macam warak...tapi busuk hati dan berburuk sangka tu diajar oleh Islam ke???

Bidang hartanah ni mmg satu bidang yg lumayan..nilai sebidang tanah boleh berubah mengikut kepentingan semasa..awat nak kalut sangat kalau TH beli tanah pada harga yang tinggi dgn 1MDB..?

Apa yg diketahui semasa 1MDB terima tanah TRX tu dari kerajaan keadaannya masih mempunyai bangunan2 lama yg perlu di runtuh dan dibersihkan..berbanding semasa sebahagiannya dibeli TH keadaannya sudah rata dan bersih.

Sebagai contoh apabila kita mahu membeli rumah semasa tanahnya baru diratakan, sudah siap separuh dgn sudah siap sepenuhnya..adakah sama harganya di setiap peringkat itu..? Dan kemudian apabila sudah maju pula harga hartanah itu boleh melonjak menjadi berpuluh kali ganda lagi berbanding semasa tanahnya baru diratakan.

Soalnya disini adakah kita sebagai rakyat biasa benar2 nampak ada berlakunya syubhah didalam urusniaga hartanah antara 1MDB dgn TH ni..?? Jika tidak lebih baiklah kita mendiamkan diri sahaja..atau kita akan hanya menunjukkan yang diri kita ini bodoh dan jahil.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana