1MDB: Kementerian Kewangan nafi dakwaan Dr Mahathir PM bohong...Admin minta Bersatulah

Tuduhan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak "berbohong" mengenai dana 1Malaysia Development Bhd yang disimpan Singapura adalah tidak berasas dan tidak adil, kata Kementerian Kewangan.
Dalam satu kenyataan malam Ahad, Kementerian Kewangan menjelaskan dakwaan yang dibuat Dr Mahathir dalam blognya Ahad.

Menurut Kementerian Kewangan jawapan bertulis oleh Najib, sebagai Menteri Kewangan, mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Bank, Singapura, berdasarkan maklumat yang diterima daripada 1MDB.

"Kementerian Kewangan telah meminda jawapan asal yang telah dibuat pada 10 Mac 2015 agar tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Singapura dan selaras dengan tuntutan urusan  Parlimen," katanya kenyataan tersebut.

Dr Mahathir pagi Ahad menuduh Perdana Menteri tidak bercakap benar apabila beliau memberitahu Parlimen bahawa wang yang dipegang oleh 1MDB telah disimpan di Singapura.

"Tiada wang telah dimasukkan ke BSI Bank di Singapura, "kata Dr Mahathir.

Berikut disiarkan sepenuhnya kenyatan Kementerian Kewangan

Kementerian Kewangan ingin menjelaskan bahawa jawapan bertulis Dewan Rakyat yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengenai kedudukan kewangan 1MDB di bank BSI Singapura telah ditulis dan disemak oleh pegawai kementerian berdasarkan maklumat dari IMDB .

Kementerian Kewangan telah meminda jawapan asal yang telah dibuat pada 10 Mac 2015 agar tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Singapura dan selaras dengan tuntutan urusan  Parlimen. . Tindakan Kementerian Kewangan meminda jawapan asal adalah bukti ia tidak berniat sama sekali hendak berbohong mengenai perkara tersebut

Lantas, dakwaan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa YAB Dato Sri Mohd Najib yang juga Menteri Kewangan telah berbohong adalah tidak wajar.

Ini ialah kerana lazimnya jawapan bertulis di Dewan Rakyat dibuat atas nama beliau berdasarkan maklumat yang diberikan oleh agensi berkenaan yang kemudiannya  disemak dan diedarkan oleh para pegawai.

Kementerian Kewangan  telahpun mengambil tindakan sewajarnya agar perkara ini tidak berulang.


Kementerian Kewangan
24 Mei 2015

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana