1MDB: Ahmad Zahid sedang siasat individu rakam video di ILMU - Ab Rauf

KUALA LUMPUR: UMNO dalam proses menyiasat individu yang merakam video ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan tertutup bersama pemimpin di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik, Sabtu lalu.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusuf berkata, siasatan yang diketuai Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu juga dijangka selesai dalam sedikit masa lagi.

"Zahid sedang menjalankan siasatan untuk mencari individu yang membuat rakaman semasa perjumpaan tertutup berkenaan.

"Jelas peraturan di ILMU sudah tidak dipatuhi individu berkenaan, ia merupakan satu kesalahan jika ada yang merakam lebih-lebih lagi menyebarkan rakaman video berkenaan," katanya dipetik Astro AWANI di sini hari ini.

Pada Sabtu, Muhyiddin dilapor meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memecat ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Di dalam video itu, Muhyiddin turut menyeru supaya polis menyiasat syarikat itu.

Dalam pada itu kata Ab Rauf, peserta program di ILMU seharusnya sudah sedia maklum peraturan dan garis panduan di institut berkenaan.

"Sudah jelas di ILMU tidak boleh ada sebarang rakaman dibuat, jadi penyebar video itu sudah dianggap melanggar undang-undang," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana