13 calon Islam menang pilihan raya Britain....Islam Akan Bangkit

LONDON, 9 Mei – Pilihan Raya Umum Britain semalam mencatat sejarah tersendiri apabila 13 calon beragama Islam mewakili tiga parti dipilih sebagai Ahli Parlimen, berbanding lapan pada pilihan raya 2010 lalu.

Lapan daripada 13 yang terpilih itu adalah wanita. Pemilihan kali ini dianggap sebagai pilihan raya Britain yang luar biasa dan tidak menentu.

“Keputusan itu amat membanggakan kerana lebih ramai Ahli Parlimen beragama Islam terpilih berbanding sebelum ini.

“Bagaimanapun, kedudukan dalam Dewan Rakyat masih tidak mencerminkan kepelbagaian penduduk,” kata Pengarang The Muslim News, Ahmed J Versi.

Beliau berkata, keputusan itu juga adalah petunjuk bahawa wanita muslim mendapat tempat dan dipilih sebagai Ahli Parlimen iaitu enam mewakili Parti Buruh dan masing-masing seorang dari Parti Konservatif dan SNP.

Tasmina Ahmed Sheikh wakil Islam pertama dalam SNP bersama wanita muslim pertama mewakili Parti Konservatif, Nusrat Ghani, mengalahkan pencabar masing-masing pada pilihan raya kali ini.

Walaupun, undi untuk Parti Buruh merosot, empat calon muslim yang bertanding buat kali pertama mewakili pembangkang terpilih sebagai Ahli Parlimen bersama lima lagi calon yang dipilih semula.

Anas Sarwar yang bertanding di Glasgow satu-satunya Ahli Parlimen Islam yang tidak terpilih.

Paling mengejutkan ialah kemenangan aktivis kesihatan mental, Naz Shah, bagi kerusi Bradford West. Beliau mewakili Parti Buruh menang dengan majoriti 11,420 undi mengalahkan Ketua Parti Respect, George Galloway, yang gagal mempertahankan kerusi itu.

Berikutan kemenangan itu, Parti Buruh mempunyai sembilan Ahli Parlimen Islam, Konservatif (tiga) dan SNP (satu). Mereka ialah:

Muka baru
1. Tasmina Ahmed Sheikh (SNP kawasan Ochil dan South Perthshire)
2. Rupa Huq (Parti Buruh kawasan Ealing Central dan Acton)
3. Tulip Rizwana Siddiq (Parti Buruh kawasan Hampstead dan Kilburn)
4. Nusrat Ghani (Parti Conservatives kawasan Wealden)
5. Naz Shah (Parti Buruh kawasan Bradford West)
6. Imran Hussein (Parti Buruh kawasan Bradford East)

Muka lama
1. Khalid Mahmood (Parti Buruh)
2. Shabana Mahmood (Parti Buruh)
3. Rushanara Ali (Parti Buruh)
4. Yasmin Qureshi (Parti Buruh)
5. Sadiq Khan (Parti Buruh)
6. Sajid Javid (Konservatif)
7. Rehman Chisti (Konservatif)

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana