Woww Hebat Suhaimi pecah tradisi... dijemput berdialog di kubu pembangkang

Biasanya dalam pilihanraya kecil yang sudah-sudah di kawasan Permatang Pauh, calon BN menghadapi kesukaran untuk tebus kubu pembangkang di peringkat kempen.
Berlainan untuk pilihanraya kecil kali ini, calon BN Suhaimi Sabudin bukan saja 'dibenarkan' masuk berkempen sebaliknya dijemput berdialog.

Ini petanda baik... kata seorang wartawan yang berada di Permatang Pauh sejak 23 April.

Suhaimi yang kelihatan bersemangat mula mendekati pengundi akar umbi dengan turun padang termasuk di kawasan kubu pakatan pembangkang.

Suhaimi yang ditemui selepas mendekati peniaga dan orang ramai di Pasar Awam Sama Gagah berkata beliau yakin dengan sokongan penduduk Permatang Pauh termasuk pengundi Cina.

"Sehingga hari ini saya sudah mendekati lebih kurang 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi Cina di kawasan Permatang Pauh terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya.

"Penerimaan pengundi semakin baik dan saya berharap momentum ini akan berkekalan hingga ke hari mengundi," katanya.

Beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong turut meluangkan masa hampir satu jam beramah mesra dengan orang ramai di pasar awam berkenaan.

Sementara itu, rata-rata Masyarakat Cina di Permatang Pauh mahu masalah keselamatan di kawasan perumahan mereka diberi perhatian oleh wakil rakyat yang akan dipilih 7 Mei ini.

Penduduk di beberapa kawasan seperti Kampung Sungai Semambu, Kubang Ulu dan perkampungan Sungai Lembu mendakwa kes jenayah di kawasan perumahan meningkat sejak 15 tahun lalu dan mereka amat bimbang dengan keselamatan masing-masing.

Ong Chin Chye, 55, seorang penjual colok dan alat sembahyang, berkata rumahnya baru dipecah masuk awal bulan lalu menyebabkannya kerugian melebihi RM1,000.

"Kami harap wakil rakyat baharu nanti dapat membantu kami menyuarakan kepada kerajaan dan bertindak segera bagi menyelesaikan masalah berkenaan," katanya pada satu majlis bersama Suhaimi Sabudin.

Chin Chye yang menetap di Kampung Sungai Semambu sejak 40 tahun lalu, berkata dalam tempoh 15 tahun, tidak banyak kemajuan berlaku di Permatang Pauh kecuali di Seberang Jaya, yang berkembang menjadi bandar bersepadu dengan kawasan pentadbiran, perumahan, perindustrian dan sektor komersial bagi wilayah utara Semenanjung.

Seorang lagi penduduk di kawasan Penanti, Kuan Kheng Wah, 57, berkata isu keselamatan adalah penting tetapi faktor pembangunan juga tidak seharusnya diabaikan oleh bakal wakil rakyat.

Bekas kakitangan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) itu berkata, kawasan Penanti amat memerlukan satu taman rekreasi bagi membolehkan penduduk menjalankan aktiviti sukan dan rekreasi.

"Jarak di antara rumah ke taman rekreasi terdekat iaitu di Seberang Jaya adalah lebih lima kilometer dan kami amat berharap wakil rakyat baharu akan dapat membina satu taman rekreasi berhampiran kawasan ini," katanya.

Terdapat sejumlah 16,472 pengundi Cina di kawasan Parlimen itu, iaitu 23 peratus daripada 71,890 pengundi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana