Wan Azizah tidak endah ‘amaran’ Pas

Parti Keadilan Rakyat (PKR) percaya semua pihak terma­suk sekutunya, Pas memberikan sokongan penuh kepada mana-mana calon dari parti itu yang diletakkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Keyakinan itu sekali gus memperlihatkan PKR tidak endah dengan ‘amaran’ Pas supaya tidak meletakkan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail atau mana-mana ahli keluarganya sebagai calon dalam PRK Parlimen berke­naan.

Wan Azizah berkata, PKR akan tetap bertanding atas alasan parti tersebut masih menerima sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua pihak.

“Kami telah melancarkan jentera pilihan raya dan mendapati semua berkeadaan baik.

“Ini dapat dilihat menerusi ke­­­hadiran pemimpin dan Exco daripada Selangor dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa,” katanya selepas mesyuarat tertutup Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim.

Sementara itu, ditanya mengenai calon PKR dalam PRK tersebut, Wan Azizah enggan mendedahkan nama yang akan bertanding.

“Kita akan maklumkan perkara ini nanti,” katanya ringkas.

Laporan akhbar berbahasa Ing­geris hari ini menyebut, Pas Permatang Pauh memberi amaran kepada PKR supaya tidak meletakkan Wan Azizah mahu pun ahli keluarganya sebagai calon dalam pilihan raya kecil itu.

Selain itu, PKR juga diingatkan supaya memastikan semua penceramahnya tidak menyentuh isu hudud dalam ceramah masing-masing.

Menurut Ketua Penerangan Pas Permatang Pauh, Jamsari Samad, kedua-dua perkara berkenaan dilarang dilakukan sepanjang PRK itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana