Wan Azizah Sudah Gelabah.....Nafi 5 ADUN PKR Selangor Lompat Parti

SEBERANG JAYA 18 April - Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menafikan dakwaan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR akan melompat parti dan bekerjasama dengan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Wan Azizah yang ditemui di Program Tampil di Dewan Pauh Jaya sebentar tadi, berkata laporan di internet itu tidak benar tetapi enggan memberi penjelasan lanjut.

Beliau mengulas dakwaan satu perjumpaan tertutup telah diadakan di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Khalid Ibrahim membincangkan mengenai rampasan semula kuasa pentadbiran negeri Selangor dengan penyertaan 5 ADUN tersebut.

Sementara itu, Program Tampil di Dewan Pauh Jaya yang merupakan salah satu kempen PRK Permatang Pauh tidak mendapat sambutan rakyat apabila jumlah penyokong yang hadir tidak sampai 50 penduduk.

Program tersebut turut dihadiri Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zulkifli Ahmad dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), Aida Yusof Rawa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana