WAN AZIZAH MASIH NAFI UNDI PROTES WALAUPUN HUBUNGAN PAS & PKR BERGOLAK

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tidak timbul isu PAS kawasan Permatang Pauh melakukan protes senyap jika beliau dipilih sebagai calon pilihan raya kecil kawasan itu.

Sebaliknya beliau yang dilihat mula 'turun padang' dengan pelbagai program di kawasan Parlimen itu sejak kerusi Permatang Pauh diisytihar kosong, berkata PAS kawasan itu telah menyatakan sokongan dan akan membantu siapa sahaja calon yang dipilih oleh PKR.

"Saya baru sahaja berjumpa dengan Yang Dipertua PAS Permatang Pauh (Omar Hasan) dan beliau kata tidak (seperti itu), kami bersama anda dan beliau akan memberi dan bekerjasama untuk memastikan kemenangan calon PKR," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang akhbar Ketua Menteri Lim Guan Eng, di sini hari ini.

Wan Azizah yang turut menghadiri sidang akhbar di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) itu berkata demikian ketika ditanya tentang laporan akhbar hari ini berhubung perkara tersebut.

Akhbar hari ini memetik Ketua Penerangan PAS kawasan Permatang Pauh Jamsari Samad sebagai berkata PKR berkemungkinan akan menghadapi protes secara senyap daripada pengundi, termasuk PAS, jika parti itu berkeras untuk meletakkan Dr Wan Azizah atau anggota keluarganya sebagai calon pilihan raya kecil itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana