Wan Azizah Lagi Kerap 'Recycle' Dari Calon BN #PRKRompin...Padan Muka

MUADZAM SHAH 25 April - Pembangkang perlu mencerminkan diri mereka terlebih dahulu sebelum menuduh Barisan Nasional (BN) menggunakan calon 'recycle' (kitar semula) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pembangkang lebih kerap menggunakan calon recycle berbanding BN.

"Kita ni hidup jangan mengata orang. Tak kiralah Datuk Hasan (Arifin) itu recycle. Tapi (Presiden PKR) Wan Azizah tu?

"Kita baru sekali recycle. Tapi Wan Azizah dah dua kali recycle," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pembangkang yang menyelar BN menggunakan calon lamanya untuk bertanding pada PRK Rompin.

Hasan yang dicalonkan pada PRK Rompin menentang Nazri Ahmad dari PAS pernah menjadi ADUN Bukit Ibam dan Tioman dibawah parlimen Rompin sebelum ini.

Jelas Adnan, tidak timbul soal recycle dalam pemilihan calon ekoran perkara terpenting adalah penerimaan rakyat terhadap kepimpinan yang dibawa oleh calon itu sendiri.

Dengan mengumpamakan 'brand' minuman kepada kepercayaan rakyat, Adnan berkata kepercayaan terhadap sesebuah 'brand' tidak tertakluk kepada usia produk tersebut.

"Kalau calon itu baru seperti botol baru tetapi orang tak nak minum tak boleh juga. Tapi kalau orang percaya dengan brand tertentu tak kira berapa lama (usia produk) orang akan minum juga," ujar Menteri Besar Pahang itu lagi.

Proses pembuangan undi PRK Rompin akan berlangsung pada 5 Mei ini dan pengundian awal pada 30 April.

PRK Rompin dianjurkan ekoran kematian bekas Tan Sri Jamaluddin Jarjis akibat kemalangan helikopter di Semenyih pada 4 April lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana