Wan Azizah kunci mulut sokongan PAS

 Nampaknya harapan PKR untuk menang mudah dan mengekalkan penguasaan di Permatang Pauh tidak semudah dijangka.

Perang dingin dua sekutu PKR dan DAP terhadap PAS dalam komponen pakatan pembangkang susulan gerakan permatang pauh P44jahat menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat sedikit merencatkan keyakinan itu.

Tindak tanduk PKR dan DAP melemparkan pelbagai penghinaan terhadap Hadi dan inisiatif PAS Kelantan melaksanakan Hudud kini dilihat menghantui kelancaran kempen pilihanraya PKR di Permatang Pauh.

Dengan berbaki seminggu untuk penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil, (PRK) kerusi Parlimen Permatang Pauh, PKR dilihat tergapai-gapai bergerak sendirian cuba memikat pengundi Melayu.

DAP pula seperti biasa, yakin dengan sokongan pengundi Cina di negeri yang dikuasainya.

hadi dihalau guan engKetiadaan jentera PAS terutama jentera Pemuda PAS Pulau Pinang yang menuntut PKR dan DAP memohon maaf terlebih dahulu sebelum mereka sedia bekerjasama, jelas menggugat ego parti-parti dalam pakatan itu.

Hanya kelompok pemimpin Anwaristas yang dilihat menyertai beberapa aktiviti yang dianjurkan PKR dan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Lebih parah, kelompok terbabit sendiri pun makin jelas terpinggir dalam gelombang kebangkitan golongan ulama dalam PAS menuju hari pemilihan parti itu di Kuala Selangor Jun nanti.

Lantaran itu, Dr Wan Azizah bertindak ‘mengunci mulut’ apabila ditanya berhubung sokongan rakan sekutunya, PAS, terhadap PKR sepanjang pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Malah beliau juga enggan mengulas panjang berhubung pemimpin tertinggi PAS pusat yang dijangka hadir pada majlis pengumuman calon PKR yang dijadual 24 April ini.

anwaristas“Tunggu dan tengok…tak tahu lagilah (siapa yang akan hadir),” katanya.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, sekadar meminta semua pihak bersabar dan menunggu sehingga hari itu.

Persoalannya, terlalu besarkah harga diri PKR dan DAP untuk menjilat ludah mereka dengan mengemukakan permohonan maaf kepada PAS?

Atau terlalu pemaafkah PAS untuk menelan segala cemuhan PKR dan DAP dengan sekadar permohonan maaf yang jika dibuat sekalipun, pastinya tidak bersifat ikhlas lantaran semata-mata mengharapkan sokongan jentera pilihanraya PAS untuk meneruskan penguasaan Anwar dan wan a kajangkeluarga Sendirian Berhad di Permatang Pauh.

Itu pun, tidak semestinya pengundi di Permatang Pauh akan terus menyokong tanpa berfikir untuk membabi buta memberikan kemenangan kepada PKR.

Pastinya, keputusan pengundi akan dibuat bersandarkan rekod perkhidmatan PKR di Selangor yang caca marba dan DAP di Pulau Pinang yang asyik menaikkan segala macam cukai serta bil yang jelas bertentangan dengan manifesto pilihanraya umum mereka sebelum ini.

Buat pengundi Permatang Pauh, tepuk dada, tanyalah selera.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana