video pekerja asing selamat budak jadi viral

SINGAPURA, 24 April – Klip video seorang pekerja asing menyelamatkan kanak-kanak yang tersangkut pada besi rak ampaian di bahagian luar unit rumah di sebuah blok bangunan di sini, menjadi viral di media sosial, termasuk di Malaysia hari ini.

Ramai pengguna laman Facebook (FB) dari pelbagai kalangan masyarakat yang mengucapkan tahniah dan menyifatkan pekerja binaan itu yang hanya dikenali sebagai Shammugun, sebagai hero selepas menyelamatkan kanak-kanak berusia tiga tahun itu.

Menurut The Straits Times, kejadian dilaporkan berlaku di tingkat dua sebuah blok flat di Jurong.

Seorang blogger Alvin Lim, yang melalui kawasan itu dan terdengar jeritan kanak-kanak berkenaan tengah hari semalam sebelum beliau meminta pertolongan.

Shammugun yang kebetulan sedang melakukan kerja-kerja pembaikan jalan memanjat bahagian luar bangunan itu sebelum menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

“Lelaki ini menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu. Saya tidak tahu siapa dia, tetapi dia sepatutnya layak menerima medal atau publisiti kerana tindakannya,” kata Lim dalam blognya.

Kanak-kanak itu dikatakan sedang tidur apabila ibunya keluar, manakala kakaknya pula ke sekolah. – The Straits Times

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana