Umno Kedah sokong PM dan MB...Alhamdulilah Macam Tu Lah

ALOR SETAR: Badan Perhubungan Umno Kedah Sabtu menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno dan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang membuat kenyataan itu turut meminta Mukhriz membatalkan cadangan untuk memberikan kenyataan pada 24 April ini di Kuala Lumpur.

"Mesyuarat juga bersetuju supaya Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan isu ini kerana kami memahami situasi beliau. Kita bersetuju untuk membatalkan mesyuarat Perhubungan Umno Negeri Kedah pada 24 April itu," katanya.

Terdahulu, Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah mengadakan mesyuarat khas di kediaman rasmi Mukhriz di Seri Mentaloon di sini, yang turut dihadiri oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN).

Mesyuarat itu bermula pada 12 tengah hari dan berakhir kira-kira dua jam kemudian dan dipengerusikan sendiri oleh Mukhriz, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan itu. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana