Tuc Tok Usin Ceroi ingkar arahan Tuan Ibrahim agar tutup akaun Facebook

SHAH ALAM: Meskipun diarahkan untuk menutup laman sosialnya, pengendali akaun Tuc Tok Usin Ceroi enggan berbuat demikian dengan alasan tetap mahu mendedahkan sekumpulan ahli PAS yang berkonspirasi mahu menjatuhkan pimpinan utama parti.

Usin Ceroi adalah individu yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman audio yang mengandungi suara mirip Mohamad Sabu - sedang memberikan taklimat mengenai gerakan menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada pemilihan PAS akan datang.

Usin Ceroi juga mendakwa mempunyai bukti bahawa beberapa pimpinan kanan PAS Pusat terlibat dalam komplot menjatuhkan Hadi dan kepimpinan ulama dalam parti.

"Tok berpegang pada prinsip lebih baik kelupoq untuk kebaikan jemaah daripada dok mengeram dalam selimut untuk membiarkan kemungkaran dan kerosakkan terus berlaku, umpama sebuah perkahwinan, jika dalam ikatan itu banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan, maka penceraian adalah jalan terbaik, kemudian satukan kembali ikatan itu dengan cara rujuk jika masih tersisa kasih sayang dan kebaikan yang hendak dicapai bersama.

".... Kebijakkan, kefaqihan, kehebatan, kekuatan dan ramainya kita belum tentu mampu untuk hadapi musuh jika kita tidak kuasai kemahiran atau strategi yang mereka rencanakan terhadap kita.

"Kesimpulannya tok minta maaf kerana terpaksa ingkar dan tolak saranan arahan daripada Tuan Ibrahim Tuan Man yang sangat tok hormati dan kasihi," demikian memetik kenyataan di laman Facebooknya, baru-baru ini.

Terdahulu arahan penutupan laman sosial itu dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada 8 April lalu yang mendakwa kenyataan dari Facebook berkenaan mengundang perpecahan dan salah faham di kalangan ahli-ahli PAS.

Mengulas lanjut daripada pimpinan tertinggi parti tersebut, Tuc Toc menegaskan beliau akan tetap bersama pimpinan ulama PAS bagi menepis serangan yang ditujukan terhadap mereka.

Malah baginya tiada keperluan menutup Facebooknya selagi golongan yang bersekongkol menjatuhkan pimpinan ulama tidak menghentikan perbuatan mereka.

"Tok boleh akur segala permintaan itu dengan syarat pihak jebon juga memberhentikan segala fitnah dan serangan terhadap ulama dan presiden dan yang paling penting PasMa wajib dibubarkan, jika jebon-jebon berhenti dan membubarkan PasMa, maka saat itu wajib juga tok memberhentikan perbuatan tok ni.

"Jika Tuan Ibrahim Tuan Man boleh bagi jaminan beliau mampu memberhentikan jebon dan membubarkan PasMa, maka Waallahi tok juga akan tutup fb tok. Segalanya bergantung pada Tuan Ibrahim Tuan Man, tok hanya wala jika menguntungkan jemaah dan islam, tiada wala dalam perkara untuk membiarkan kerosakkan dan kemungkaran," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana