TS KHALID- HJ HADI BEKERJASAMA TUMBANGKAN PAKATAN PKR-DAP DI SELANGOR?

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid yang lantang mengkritik pentabdiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilihat semakin rapat dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak kebelakangan ini.

Beliau melalui laman Facebook rasminya menyiarkan gambar bersama Abdul Hadi sewaktu mengunjungi Speaker Dewan Perwakilan Indonesia Bp Irman Gusman di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Keakraban ditonjolkan kedua-dua pemimpin pembangkang yang pernah dikecam teruk DAP dan PKR itu memperkuatkan desas-desus mengenai Abdul Khalid bakal menyertai PAS yang kini dalam pertikaian dengan DAP dan PKR.

“Saya dan Presiden PAS berkesempatan mengunjungi rakan lama Speaker Dewan Perwakilan Indonesia di Jakarta. Kami berbincang tentang peri penting mengukuhkan ikatan ukhwah antara masyarakat Islam khusus di rantau ini,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Abdul Khalid dijatuhkan daripada jawatan Menteri Besar oleh partinya sendiri, PKR pada tahun lalu kerana tidak sehaluan dalam pelbagai keputusan penting membabitkan kepentingan parti itu dalam kerajaan Selangor.

Abdul Hadi yang mempertahankan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar pula dibidas teruk oleh pemimpin DAP dan PKR sejak kebelakangan ini kerana bersungguh-sungguh mahu melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana